Persatuan Anak Negeri di UKM
Oleh : Nurhidaya Binti Pukari
Kewujudan Persatuan Anak Negeri atau PAN di Institut Pengajian Tinggi (IPT) haruslah dipandang dari sudut yang positif kerana ia diwujudkan bagi menjaga kebajikan mahasiswa/i di negeri kelahiran mereka. Di UKM sahaja, penubuhan PAN ini mendapat sokongan yang baik malah kini terdapat 14 persatuan anak negeri telah diwujudkan dan berada di bawah Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel).
Dalam ucapan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA), Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. Othman A. Karim, menyatakan bahawa persatuan anak negeri ini diwujudkan adalah bertujuan untuk melihat dan menjaga kebajikan anak-anak di setiap negeri masing-masing.
“Malah, terdapat beberapa IPTA dan IPTS di negara ini yang masih tidak mempunyai persatuan anak negeri mereka sendiri” kata beliau semasa Majlis Perasmian Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar pada 8 Oktober 2012 yang lalu.
Penubuhan PAN ini sememangnya dapat menghubungkan mahasiswa dengan masyarakat di negeri kelahiran masing-masing. Ini terbukti dengan pelbagai program yang dilaksanakan oleh persatuan-persatuan ini seperti projek bakti siswa, lawatan sambil belajar, hari interaksi, bantuan kebajikan dan sesi dialog dengan pemimpin negeri.
Namun, ramai yang melihat persatuan anak negeri ini sebagai persatuan yang bersifat kenegerian atau kekitaan yang dapat memecahbelahkan kolompok mahasiswa. Apabila mengulas mengenai perkara ini, Presiden Persatuan Mahasiswa Sarawak (PEMASRA) UKM, Saudara Salihin Hamdan, menyatakan bahawa mahasiswa/i perlu bersikap terbuka apabila menyertai persatuan anak negeri ini. Persatuan ini diwujudkan sebagai medium menguatkan hubungan sesama anak negeri.
PEMASRA misalnya berperanan untuk menjadi orang tengah dan berusaha sedaya upaya untuk menjaga kebajikan mahasiswa/i terutamanya yang berasal dari negeri Sarawak itu sendiri. Malah tambah beliau, kenegerian merupakan salah satu cara memupuk perpaduan namun bukanlah permusuhan yang beliau mahukan. Selain menjaga kebajikan anak Sarawak, PEMASRA juga mengambil pendekatan untuk memberi pendedahan yang lebih tentang kebudayaan negeri mereka, sifat kepimpinan dan keusahawanan.
Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Kelantan (PERDANA), Saudara Farhan Mamat pula menyifatkan semangat kekitaan ini berbeza dengan semangat perkauman. Melalui semangat kekitaan ini, ahli terutamanya dapat mengeratkan hubungan dan silaturahim antara mereka. Ukhuwah dan perkongsian ilmu sesama mereka dapat memperkasakan informasi disamping dapat bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain.
Beliau juga menyatakan bahawa PERDANA mempunyai ahli dari negeri lain dan mereka ini digelar sebagai “Sahabat PERDANA”. Sebagai Presiden sesi 2012/2013, beliau mengharapkan agar persatuan mahasiswa Kelantan ini dapat menjadi medium bagi merapatkan silaturahim sesama ahli, menjalinkan perkongsian rohani dari segi agama dan dapat mempelbagaikan program PERDANA.
Jika dipandang dari sudut yang positif, semangat kekitaan ini bukanlah suatu isu yang dapat memecahbelahkan mahasiswa/i namun sebagai titik tolak kepada pemikiran yang lebih terbuka. Persatuan anak negeri ini bukanlah sekadar menghimpunkan anak negeri di atas satu wadah perjuangan tetapi dapat melahirkan modal insan yang berkualiti untuk disumbangkan kepada negeri mereka setelah melangkah ke alam pekerjaan kelak. Bukanlah permusuhan yang dicari namun perpaduan yang mahu dicapai.
Sumber:
1. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0812&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_20.htm
2. http://www.ukm.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=316&Itemid=476&lang=en
3. http://permadah.blogspot.com/2009/08/persatuan-anak-negeri-di-ipt-wadah.html