Smartphone? Mobilephone?
Oleh: Zakwan Zakaria
Hari ini, istilah telefon pintar merujuk kepada telefon pintar yang dipertingkatkan kepintarannya. SMS bukan lagi sesuatu yang asing, malah terdapat pilihan penghantaran pesanan ringkas secara percuma melalui plan data seperti BlackBerry Messenger (BBM) eksklusif buat pengguna BlackBerry dan aplikasi WhatsApp yang ditawarkan kepada hampir semua platform telefon pintar.
Evolusi internet turut mempengaruhi ciri yang terdapat pada telefon pintar hari ini. Dengan infrastruktur jalur lebar yang dipertingkatkan, penyedia khidmat selular hari ini menawarkan pelbagai pakej atau pelan data bagi membolehkan setiap telefon pintar sentiasa berhubung antara satu sama lain sepanjang masa.
Skrin telefon hari ini juga sudah cukup mempesonakan, teknologi skrin sesentuh Capacitive membolehkan operasi telefon dilakukan 100 peratus menggunakan jari dan tidak memerlukan stylus sama sekali.
Ia sekali gus mengurangkan ruang untuk butang fizikal dan membolehkan skrin diperlebarkan bagi kepuasan pengguna.
Istilah bosan mungkin tidak lagi wujud bagi pengguna telefon pintar hari ini kerana terdapat pelbagai jenis hiburan daripada alunan muzik yang dihidangkan melalui pembesar suara teknologi audio Dolby.
Terdapat juga model yang menawarkan skrin definisi tinggi (HD) bagi membolehkan video dimainkan di dalam format berdefinisi tinggi.
Telefon bimbit (juga dikenali sebagai telefon tangan, telefon selular, telefon tanpa wayar) merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel. Sebagai tambahan kepada fungsi suara piawai seperti telefon, telefon bimbit kini mampu menyokong banyak perkhidmatan GSM tambahan, dan mempunyai ciri telefon bimbit tambahan, seperti khidmat pesanan ringkas SMS bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket bagi capaian Internet, permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan Khidmat Pesanan Multimedia (Multimedia Messaging Service – MMS) bagi menghantar dan menerima gambar dan video. Kebanyakan telefon mudah alih akan bersambung dengan jaringan selular pada stesyen pengkalan (tapak sel), yang kemudiannya bersambung dengan jaringan telefon suis awam (public switched telephone network – PSTN) (pengecualian adalah telefon satelit).
“Smartphone terlalu banyak makan bateri, walaupun guna sekejap, tambahan pula, setiap bulan kena spend banyak kredit” kata Hezwan iaitu salah seorang pengguna smartphone.
Kesimpulannya, telefon pintar (Smartphone) dan telefon bimbit (Handphone) mempunyai pro dan kontranya. Kita haruslah bijak dalam menggunakan kedua-dua jenis telefon ini mengikut kegunaan masing-masing.
Rujukan:
1. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp
2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_bimbit.