karnival sukan ipt 2012
oleh nik fatin farhah nik mustapha
Karnival sukan IPT merupakan salah satu temasya sukan yang ditunggu-tunggu oleh para atlet mahasiswa negara. Karnival ini secara tidak lansung mengumpulkan semua atlet yang menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi tidak kira sama ada awam atau swasta. Pada tahun ini, karnival ini telah dijalankan di beberapa institusi utama antaranya ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan UiTM Shah Alam.
Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjadi salah satu penganjur utama kepada karnival ini untuk tahun 2012. Mendapat mandat daripada Kementerian Belia dan Sukan untuk menjadi salah satu tuan rumah kepada beberapa acara sukan telah membuatkan UKM menjadi tarikan para atlet sepanjang carnival berlansung.
Menurut Puan Farah binti Dahalin, Pegawai Pusat Sukan UKM, beberapa orang pelajar telah dipilh untuk menjadi sukarelawan sepanjang karnival berlansung. Karnival ini berlansung selama dua minggu iaitu bermula 28 Oktober 2012 sehingga 11 November 2012. Seramai 5,000 atlet dan 1,125 pegawai daripada 101 kontinjen meliputi 20 IPT awam, 46 IPT swasta, 25 politeknik dan 10 kolej komuniti menyertai karnival sukan IPT pada kali ini.
Temasya ini mempertandingkan 15 jenis sukan iaitu badminton, bola jaring, bola tampar, karate-do, memanah, olahraga, renang, sepaktakraw, menembak, catur, bola tampar pantai, boling, taekwondo, ragbi tujuh sebelah dan tenis dengan sejumlah 165 pingat emas, 165 perak dan 208 gangsa ditawarkan sepanjang temasya berlansung.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia mampu memberikan nilai tambah kepada mahasiswa sekali gus meningkatkan perpaduan negara dan semangat patriotik sejajar Dasar Pembangunan Sukan di IPT sejak 2009. Kata beliau yang berucap pada majlis pembukaan Sukan IPT 2012 di UiTM Shah Alam.
"Sebagai galakan lain supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan sukan, setiap pemenang pingat emas temasya julung kalinya ini juga dijanjikan untuk mendapat biasiswa sukan selain dinilai bagi diberi peluang mewakili kontinjen Universiti Malaysia ke Sukan Universiti ASEAN di Laos, Disember ini.