Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)
Oleh Nur Adila Syafiqa Sulaiman
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah melancarkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) ini. Pelancaran kad KDS1M itu adalah idea mahasiswa sendiri menerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut:
Tiada syarat dan cara untuk membuat permohonan diperlukan kerana secara automatik maklumat pelajar disalurkan IPT kepada kementerian dan Bank Rakyat. KDS1M ini akan diedarkan melalui ipt masing-masing.
Kelebihan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia KDS1M
Diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih tertakluk kepada kadar, terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.
Tempat-tempat yang boleh menggunakan kad siswa ini ialah:
Buku & Alatan Tulis
MPH Bookstores
Imlaq Book Centre
BORDERS
RONA
Kiang Trading
Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad
Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad
Kelengkapan Sukan/ Peralatan / Pakaian
Bata
iFamily
Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad
Texline Lino
Klinik / Optometri / Cermin Mata
Poliklinik An-Nisa'
Qualitas Health
Focus Point
Menara Optometry
Makanan Dan Minuman
KFC
Daily Fresh
A&W
Coffee Berry
The Chicken Rice Shop
Restoran Kenny Crab
Sweet Chat
Legend's Claypot Bariyani House
Dubu Dubu Seoul Food
My Java Coffee
Pancake House International
Station One Cafe
Gloria Jean's Coffee
Bangi Kopitiam
Hotel dan Penginapan
Ancasa Hotels & Resorts
Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
Jerejak Rainforest Resort Penang
Ancasa Express Pudu
Tune Hotel
Leo Express Hotel
Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad
Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
Koperadi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
Rakyat Travel SDN BHD
Saloon/ Produk dan Pusat Kecantikan
Foot Master
Paris Hill
Proactiv
Clara
Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad
Produk IT
Koperasi Celcom Berhad
Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad
Lain-Lain
BKZ Bikerz (Motosikal)
Roller Star Arena (Kasut Roda)
Double Site (Helmet / Aksesori Motor)
Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
MYDIN
Beberapa pelajar telah ditemu ramah dan ketiga-tiga mereka merupakan pelajar berlainan universiti. Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), jurusan Sains dengan Pendidikan Fizik, Anis Nabiha binti Mohamed Nazim, memahami konsep kewujudan KDS1M bertujuan meringankan beban kami sebagai pelajar dengan memberi diskaun di kedai-kedai yang telah ditetapkan. Apabila diaju soalan tentang penggunaan KDS1M, beliau berkata bahawa beliau masih tidak berpeluang menggunakannya dan menyifatkan diskaun yang diberikan kepada pelajar membuatkan pelajar menyalahgunakan kemudahan yang ada.
“Idea kad siswa ini sangat bagus jika pelajar pandai menggunakannya. Jika terlalu memberi kemudahan kepada kami seperti kad diskaun tersebut, saya takut terdapat segelintir pelajar yang menyalahgunakan kad tersebut lalu menjadi bebanan terhadap negara pada masa hadapan.” katanya apabila menjawab soalan tentang pandangan beliau mengenai KDS1M.
Menurut pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, Muhammad Afiq bin Zawawi, beliau mengetahui kedai-kedai yang dapat menggunakan kad tersebut melalui internet dan setiap kedai yang menawarkan diskaun tersebut akan menampal notis di hadapan kedai mereka untuk menunjukkan mereka menerima kad diskaun siswa 1 Malaysia. Beliau pernah menggunakan kad tersebut di cawangan KFC berdekatan dan dapat membeli makanan segera dengan kadar diskaun yang sepatutnya.
Beliau berkata, “sesetengah kedai mungkin berbaloi dan sesetengah lagi mungkin tidak kerana peratus diskaun yang ditawarkan tidak menentu. Ada yang sedikit dan ada juga yang banyak iaitu dari 2% hingga 60%,”
“Pada pandangan saya,syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah program ini perlulah ditambah dan diskaun yang ditawarkan perlulah ditambah lagi untuk memudahkan serta mengurangkan bebanan mahasiswa yang tiada punca pendapatan.”
Pandangan Afiq disokong oleh Nur Munirah bt Saidi, pelajar UiTM Shah Alam, Fakulti Sains Gunaan. “Kerajaan perlu tingkatkan jumlah kedai yang boleh digunakan oleh kad siswa dan kedai-kedai tersebut haruslah yang selalu digunakan oleh pelajar,” kata Munirah apabila diaju soalan sama mengenai pandangan beliau terhadap KDS1M.
KDS1M diwujudkan bukan untuk membebankan mana-mana pihak. Kita sebagai pelajar universiti harus tahu baik dan buruknya sesuatu perkara. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Sama-sama kita renungkan.
- Mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas);
- Pengajian sepenuh masa; dan
- Warganegara Malaysia.
Tiada syarat dan cara untuk membuat permohonan diperlukan kerana secara automatik maklumat pelajar disalurkan IPT kepada kementerian dan Bank Rakyat. KDS1M ini akan diedarkan melalui ipt masing-masing.
Kelebihan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia KDS1M
- Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan.
- Membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
- Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) juga akan diberi kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah.