'summer school: social rights project'
satu projek penggalak perubahan positif hak sosial
oleh misalindah abraham
Nurul Izzati Kamrulbahri
UKM, projek hasil geran 3 tahun telah dikeluarkan oleh Universiti FH Frankfurt, Jerman bagi menggalakkan kajian dan perubahan positif tentang isu berkaitan hak sosial tiga negara yang terlibat iaitu Jerman, Malaysia dan Afghanistan. Projek ini disertai oleh mahasiswa dari ketiga-tiga negara terlibat iaitu Universiti FH Frankfurt, Jerman, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia dan Universiti Kabul, Afghanistan.
Menurut pelajar tahun 3, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM, Nurul Izzati Bt Kamrulbahri (gambar kecil) yang merupakan pelajar yang mewakili Malaysia menyertai projek berkenaan menerangkan bahawa projek ini berlangsung selama tiga tahun, bermula tahun ini (2012). Objektif tahun pertama ini adalah untuk melakukan kajian secara asas terhadap isu-isu yang amat rapat dengan hal-hal sosial yang mengkonstrukkan perkembangan sesebuah negara dalam semua aspek berkaitan. Manakala objektif tahun ke-2 dan ke-3 pula, projek ini memfokuskan kepada kajian yang akan dilakukan dengan lebih lanjut.
Pada akhir tahun ketiga projek, semua hasil kajian akan dibentangkan di hadapan panel pengajar yang terlibat.
Jelas pelajar Perhubungan Antarabangsa dari Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi ini, projek ini sengaja meletakkan tiga negara dari peringkat yang berbeza iaitu Jerman sebagai negara maju, Malaysia sebagai negara yang sedang membangun dan Afghanistan sebagai negara mundur. Hal ini kerana bagi membolehkan projek ini mengguna pakai idea-idea dan pelaksanaan pembangunan setiap negara dikongsi bagi projek pembangunan negara itu sendiri nanti.
Projek ‘Summer School: Social Rights: Social Justice, Social Rights and Social Policies’ ini dijalankan di India. Hal yang demikian kerana, India merupakan sebuah negara yang unik yang mengkaji perkembangan ‘social rights’ dari masa ke semasa. Menceritakan pengalamannya di sana, Nurul Izzati berkata mereka telah diberi peluang untuk melakukan pemerhatian terhadap budaya masyarakat India. Menurut beliau, di India, isu hak sosial adalah sesuatu yang amat lantang dipertahankan dan diperkatakan kini. Isu kasta dan penindasan wanita amat berleluasa dan cara pihak NGO dan individu yang sedar akan impak isu ini begitu lantang telah menjadikan India sebagai satu negara role model yang amat menitikberatkan ‘social rights’.
Apabila ditanya tentang kelebihan dan sumbangan projek ini kepada peserta dan institusi yang terlibat, Nurul Izzati menjelaskan bahawa projek ini merupakan satu projek yang amat baik dalam percubaan bagi mendapat pengetahuan berkenaan hak-hak sosial yang dijalankan di negara yang terlibat dalam projek ini. Kemudiannya, pengetahuan-pengetahuan baru ini dapat digunakan pada masa hadapan bagi mendapatkan satu sistem penjagaan hak sosial yang optimum dan sesuai. Jelas beliau lagi, mereka juga berpeluang belajar berkomunikasi dan bekerjasama dengan pelajar dan guru daripada pelbagai latar belakang dan cara hidup yang berbeza bagi mendapatkan hasil kerja yang baik dan lancar. “Projek ini telah banyak mengajar saya bagaimana untuk sentiasa bersabar dan memahami budaya masyarakat lain yang mempunyai cara bekerja dan berkomunikasi yang berbeza dan seterusnya cuba meninggikan 'skill' toleransi saya sendiri. Dapat ke luar negara untuk melakukan program atau projek amat baik bagi mengasah 'soft skill' seorang pelajar. Kami peserta dapat memperbaiki kemahiran komunikasi dalam melakukan pembentangan, tingkatkan kemahiran dalam Bahasa Inggeris dan kami juga dapat mengetahui cara dan metod kajian yang lebih dinamik daripada tiga negara yang terlibat.”
Berkenaan aktiviti yang mereka jalankan sepanjang projek, pada mulanya mereka menetap di sebuah pusat latihan di Himachal Pradesh bagi sukarelawan luar negara daripada pelbagai NGO dan kumpulan-kumpulan berkepentingan luar negara. Aktiviti mereka termasuklah kuliah berkaitan isu hak asasi manusia, konflik, trauma, perlembagaan dan yang berkaitan social rights, kebudayaan seperti masakan ketiga-tiga negara, Indian music, movie night dan aktiviti rekreasi. Menurut beliau, pada waktu kuliah mereka perlu membentangkan tugasan iaitu tugasan 'Country Report' dan tugasan kumpulan yang telah dibahagikan yang berkisar kepada 5 tajuk utama, 'Living Standards', 'Education', 'Health', 'Rights to Work', dan 'Social Security'. “Sepanjang berada di Kangra, Sidhbari, Himachal Pradesh, kami telah dibawa melihat kehidupan masyarakat kampung di situ seperti melawat Norbulingka Center untuk masyarakat Tibet. Kami juga ke Youth Center yang menjaga hak wanita yang didera. Di situ kami telah berbual dan mendekati mereka secara lebih dekat disamping melakukan aktiviti bersama seperti membantu mereka dalam latihan persembahan Hari Ibu dan Anak (Maa Bethi Day). Kami juga telah dibawa ke Universiti Himachal Pradesh bagi meluangkan masa dan berkongsi pengisian projek yang kami jalankan bersama tenaga pengajar dan pelajar di unversiti tersebut.” Jelas Nurul.
Diakhir temubual, Nurul menerangkan bahawa kajian dan projek ini ditaja sepenuhnya oleh geran yang dikeluarkan oleh Universiti FH Frankurt, Jerman. Selain itu, projek ini sememangnya terbuka kepada semua pelajar UKM. Mereka yang berminat hanya perlu menyediakan proposal sebanyak lima halaman dan perlu menjalani temu duga di Institut Kajian Oksidential (IKON), bangunan Canselori UKM.

Gambar sekitar projek di India.