NURAIN BINTI MOHD SALLEH
KEJADIAN TANAH RUNTUH DI UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kejadian tanah runtuh kerap kali dilaporkan berlaku di dalam UKM dari bulan November 2012 yang lalu. Tanah Runtuh ini berlaku akibat daripada kekerapan hujan lebat yang turun sejak bulan Oktober. Kejadian pertama berlaku di Susur jalan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) pada 9 November yang telah mengakibatkan sebuah kereta Myvi kepunyaan pelawat telah tertimbus sedikit.
Pada 12 November sebanyak 25 kereta dan sebuah motosikal rosak apabila bumbung laluan pejalan kaki di sebelah tempat parkir bersebelahan Dewan Canselor, Tun Abdul Razak (DECTAR) tumbang setelah dihempap sebatang pokok semasa hujan lebat di UKM. Menurut Ketua Pengarah Keselamatan UKM Leftenan Kolonel (B) Jury Tasripan berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan kecuali kerosakan di bahagian bumbung dan cermin pecah pada semua kenderaan yang ditimpa.
Katanya lagi, “agensi yang berwajib memantau dan mengambil tindakan berkenaan tanah runtuh adalah Jawatankuasa Kampus Lestari UKM. Pihak keselamatan tidak bertanggungjawab sepenuhnya dari segi pengurusan tanah runtuh dan hanya melakukan pemantau untuk membuat laporan. Terdapat 8 kawasan yang telah dikenal pasti sebagai Hot Sport tanah runtuh di UKM seperti di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Rumah Haiwan, Cerun berhadapan FSSK, Kolej Pendeta Za’ba, Kolej Ungku Omar, Kawasan pejalan kaki DECTAR, parkir Puri Pujangga dan Jalan bahagian belakang Danau”.
Tambahnya lagi “JawatanKuasa Kampus Lestari UKM merupakan jawatankuasa yang bertanggungjawab membuat penilaian dan cadangan apa-apa yang perlu dibuat oleh pihak universiti. Pihak keselamatan telah diarahkan untuk memasang papan tanda di kawasan berkenaan dan membuat pemantauan”. Pesannya lagi, “jika berlaku kejadian tanah runtuh, perkara yang boleh dilakukan adalah melaporkannya pada pihak keselamatan menggunakan talian hotline. Pihak keselamatan akan bertindak menutup jalan tersebut dan meletakkan papan tanda yang berkenaan.
Kejadian tanah runtuh banyak terjadi dan telah dilaporkan sehingga bulan Disember 2012. Langkah-langkah keselamatan perlu diambil oleh semua warga UKM dan sentiasa bersedia dengan kejadian seperti itu. Jika tanah runtuh berlaku yang melibatkan orang awam, laporan polis atau Wisma Aman hendaklah dibuat terlebih dahulu untuk memudahkan urusan ganti rugi atau pemeriksaan lanjut. Pihak keselamatan sentiasa menjalankan pemantauan dari masa ke masa dan memastikan keselamatan orang awam sentiasa dalam keadaan terkawal.