kerevelenan biasiswa kementerian pengajian tinggi (kpt) kepada pemenang pingat emas sukipt 2012
oleh mohamad hezwan bahari
Menurut Setiausaha Bahagian Sukan KPT Dr. Shaharudin Ismail, pemenang pingat emas SUKIPT 2012 akan ditawarkan biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bergantung kepada pencapaian akademik dan sukan pelajar terbabit sepanjang tempoh pengajian mereka.
Isu Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada pemenang pingat emas di Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2012 menjadi bualan hangat bagi setiap peserta SUKIPT. Namun begitu, sejauh manakah kerelevanan pemberian biasiswa KPT ini kepada pemenang pingat emas, serta impaknya kepada mereka, masyarakat, dan pembangunan sukan khususnya di negara kita?
Apabila kita berbincang soal wang, pastinya semua orang akan sanggup berbuat sesuatu perkara itu demi untuk mendapatkannya. Sama juga dengan atlit-atlit ini yang mengejar bantuan kewangan pelajaran iaitu biasiswa daripada pihak KPT dengan berlumba-lumba untuk mendapatkan pingat emas yang diidamkan.
Kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan isu pemberian biasiswa KPT ini salah satunya ialah para pelajar yang terlibat iaitu atlit sukan SUKIPT lebih mempunyai sikap berdaya saing secara sihat yang tinggi di dalam diri mereka. Selain itu, mereka juga boleh menjadikan biasiswa ini sebagai motivasi atau galakan kepada mereka untuk terus bergiat aktif di dalam bidang sukan ke peringkat yang lebih tinggi dan tidak mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pelajar untuk terus melanjutkan pelajaran mereka.
Biasiswa KPT ini seharusnya dilihat sebagai salah satu langkah positif oleh kerajaan kerana dengan adanya pemberian insentif seperti ini, pembentukan atlit dapat dijana di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) lagi. Terdapat juga atlit-atlit di peringkat IPT ini yang telah berjaya di peringkat yang lebih tinggi contohnya di Sukan Olimpik. Melalui modal yang dikeluarkan oleh kerajaan ini dapatlah negara melahirkan jagoan negara yang akan memberi saingan yang hebat di peringkat yang lebih berprestij kelak.
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ismail Sabri berkata bahawa negara yang maju merupakan negara yang sentiasa terkehadapan dalam bidang sukannya. Kata-kata ini telah menaikkan semangat semua warganegara untuk lebih bergiat aktif di dalam bidang sukan dan kegiatan sukan di peringkat bawahan juga diperkemas dengan lebih rapi untuk menjamin kualiti sukan negara pada masa hadapan. Jelas menunjukkan bahawa biasiswa KPT ini sangat baik jika diberikan kerana pelbagai impak dapat diperolehi pada masa hadapan bukan sahaja untuk negara, bahkan atlit itu sendiri yang mempunyai nilai kebolehpasaran yang tersendiri dan juga akademik yang baik selari dengan kegiatan sukan yang diceburi.
Isu ini juga diterima baik oleh peserta-peserta SUKIPT 2012 khususya pemenang pingat emas di kejohanan sukan tersebut. Pemain bola sepak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), K. Ruben yang telah membantu pasukan bola sepak UKM untuk memenangi pingat emas bagi acara bola sepak amat menerima baik tentang insentif yang ingin diberikan ini. Beliau mengatakan bahawa insentif seperti ini amat baik demi meningkatkan semangat dan semangat kesukanan khususnya kepada para pelajar di peringkat institusi pengajian tinggi.