AKTIVITI HUJUNG MINGGU : BERSOSIAL DI LUAR ATAU DI BILIK?
Oleh Sh. Nurafiqah Syed Ahmad Kamal
Gambar hiasan
Waktu hujung minggu merupakan waktu yang ditunggu- tunggu oleh mereka yang bergelar pelajar.Ini kerana waktu hujung minggu membuatkan mereka berasa bebas daripada segala tekanan seperti tugasan, kuiz dan juga tesis.
Golongan pelajar menggunakan waktu hujung minggu untuk melakukan aktiviti-aktiviti santai kegemaran mereka seperti bersosial bersama rakan-rakan diluar mahupun meluangkan masa di bilik masing-masing.
Menurut Nur Asyikin Bt Zaidi, pelajar jurusan Pengurusan Maklumat di Universiti Teknologi Mara (UiTM), beliau bersama rakan-rakan gemar meluangkan masa bersiar-siar di pusat membeli-belah yang berhampiran dengan kampus mereka. Mereka biasanya menonton filem terbaru ataupun berkaraoke. Beliau berkata “Bersiar-siar bukan sahaja dapat memberikan keseronokan bahkan dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara kami semua. Selain itu, pengalaman bersosial bersama rakan-rakan boleh dijadikan sebagai bekalan untuk menempuh kehidupan sebagai pekerja kelak kerana bidang pekerjaan kami memerlukan kemahiran berkomunikasi dengan baik”.
Berlainan pula dengan Nabila Syuhada Bt Ahmad, seorang pelajar jurusan Perhubungan Awam di UiTM dimana beliau lebih gemar menghabiskan waktu hujung minggu di bilik asramanya sahaja. Bagi Nabila, waktu hujung minggu boleh digunakan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah atau mengadakan perbincangan berkumpulan bagi projek-projek akhir subjeknya. Beliau berkata “Bersosial diluar bukan sahaja melekakan dan membuang masa, bahkan membazirkan wang yang boleh disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang seperti membayar balik pinjaman pendidikan”.Menurutnya lagi, pelajar kebanyakannya menghabiskan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membeli barangan yang tidak penting dan diperlukan sebagai seorang pelajar.
Setiap individu mempunyai hak untuk memilih bagaimana untuk menghabiskan waktu hujung minggu mereka. Aktiviti hujung minggu yang seronok dapat dijadikan sebagai medium untuk melepaskan bebanan tugasan dan juga meluangkan masa bersama rakan-rakan yang jarang berjumpa. Selain itu, hujung minggu juga memberikan ruang untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah mahupun mengulangkaji pelajaran.
Secara kesimpulannya, bersosial di luar mahupun berada di bilik pada hujung minggu mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Kebaikan dan keburukannya hanya boleh ditentukan oleh setiap individu.