Gastrik Menghantui Pelajar!!!
Ulser perut atau ulser gastrik adalah salah satu penyakit yang agak popular dalam kalangan pelajar. Disini saya ingin mengulas serba sedikit mengenai gastrik supaya kita menyedari akan kepentingan mencegah penyakit ini.Ulser gastrik adalah luka terbuka yang terbentuk di lapisan dalam perut, dan boleh merebak sepanjang tiub esofagus sehingga ke kerongkong. Antara tanda yang paling utama ulser gastrik adalah sakit perut yang agak ketara. Sebelum ini, ramai daripada kita percaya bahawa masalah gastrik ini adalah berpunca daripada perubahan cara hidup moden seperti gemar memakan makanan yang digoreng atau pedas.
Namun begitu, para saintis telah mengetahui bahawa sebenarnya ulser gastrik lebih berpunca daripada jangkitan bakteria dan pengambilan beberapa jenis ubat. Mereka mengetahui bahawa penyebab masalah ulser gastrik yang paling utama adalah sejenis bakteria yang digelar Helicobacter pylori (H. pylori).H. pylori hidup dan membiak di dalam lapisan mukus yang menutupi dan melindungi dinding dalaman perut dan usus kecil. Dalam keadaan yang normal, bakteria H. pylori tidak menyebabkan apa-apa masalah kesihatan, tetapi apabila keadaan dalaman badan menjadi lebih berasid, ini akan menggalakkan pertumbuhan bacteria H. pylori ini sehingga ia mengancam lapisan mucus perut dan menyebabkan lecuran atau kecederaan dalaman yang digelar ulser gastrik.
Selain itu, meminum alkohol dan merokok secara berlebihan juga boleh menyebabkan gastrik. Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh merangsang dan menghakis lapisan mucus di dalam lapisan dalaman perut kita dan ianya akan meningkatkan jumlah asid gastrik yang dihasilkan. Seterusnya, melalui gejala merokok, nikotina yang terdapat di dalam tembakau boleh merangsang penghasilan jus gastrik yang lebih banyak sehingga menyebabkan ulser gastrik.
Gasrtik boleh dikesan jika terdapat gejala-gejala seperti sakit perut dan di ikuti dengan loya-loya dan muntah-muntah. Walau bagaimanapun, sakit perut adalah tanda awal bagi ulser gastrik. Kesakitan yang dirasakan adalah seperti perut kita sedang dibakar atau digigit. Sakit itu boleh dirasai di sekitar pusat dan dada, dan kadang kala merebak kebahagian belakang badan. Kawasan yang paling biasa dirasai kesakitan ulser gastrik adalah di bawah tulang rusuk sebelah kiri badan. Seterusnya, sakit gastrik sering menyerang dalam dua hingga tiga jam selepas makan.
Selain itu juga, kerap buang angin selepas makan juga sebenarnya adalah tanda penyakit gastrik ini. Bagi pesakit gastrik yang teruk pula, mereka akan mengalami muntah darah yang darahnya akan bertukar menjadi warna merah hitam seperti kopi. Najis pesakit juga boleh bertukar menjadi warna hitam seperti tar. Para pelajar contohnya, boleh menggunakan pelbagai ubat-ubatan yang boleh digunakan sebagai merawat sakit gastrik ini. Ubat-ubatan ini boleh diperolehi dari klinik-klinik mahupun hospital, dan boleh juga didapati di farmasi-farmasi berdekatan.

Bagi mereka yang mengalami gastrik, mereka boleh mendapatkan ubat gastrik di farmasi, seperti ubat gastrik antasid yang berfungsi sebagai peneutral asid di dalam perut dan ubat ini akan memberikan kesan meredakan sakit secara pantas. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mengambil ubat jenis ini akan mengalami kesan sampingan seperti cirit-birit dan juga kesukaran membuang air besar atau sembelit. Ubat gastrik jenis Perencat Pam Proton pula akan membantu pesakit mengurangkan asid dengan menghalang aktiviti sel-sel yang menghasilkan asid gastrik. Ubat gastrik jenis perencat pam proton ini boleh dikenali sebagai esomeprazole (Nexium), ansoprazole (prevacid), omeprazole (Prilosec), rabeprazole (aciphex), dan pantoprazole (Protonix).
|
Seterusnya, bagi mereka yang menghidap penyakit ini boleh mencuba merawat gastrik dengan meminum susu sebagai bahan untuk meneutralkan kembali asid yang sudah merebak di dalam perut. Mereka juga boleh mengamalkan makan roti kering atau kreaker dari memakan roti yang mengandungi ‘yeast’. Hal ini demikian kerana, roti yang mengandungi ‘yeast’ tidak baik untuk perut yang mengandungi asid malah akan memburukkan lagi keadaan perut pesakit gastrik.
disediakan oleh,
Mohd Sollehuddin bin Ahhari
disediakan oleh,
Mohd Sollehuddin bin Ahhari