Tidur Oh! Tidur
Tahukah anda tidur sangat penting dalam merealisasikan kehidupan anda dari hari ke hari? Kajian menemui tidur tidak hanya melindungi memori dari pengaruh luar tapi juga membantu menguatkan memori kita. Keperluan tidur setiap orang berbeza-beza tetapi secara puratanya kita memerlukan tidur yang lena selama tujuh jam bagi membolehkan badan berfungsi dengan baik pada keesokan harinya. Tetapi, jangan pula menghabiskan waktu yang berlebihan untuk tidur kerana ianya dapat membuatkan badan kita tidak berfungsi dengan baik contohnya lesu, mata bengkak, berat badan naik secara mendadak dan banyak lagi. Tidur yang cukup bukan setakat merehatkan badan atau mengelakkan masalah mata cengkung tetapi ia mempunyai manfaat yang lebih penting. Tidur adalah satu keperluan dan ketika inilah badan akan memperbaiki kerosakan yang berlaku pada sel serta membina sel baru.
Jadi, adakah anda seseorang yang prihatin tentang tidur? Kurang tidur boleh membuatkan memori otak terganggu bahkan sampai tahap boleh membunuh diri. Mereka yang kurang tidur dikatakan mempunyai hormon stress yang lebih tinggi. Hormon inilah yang mengganggu reproduksi sel di otak orang dewasa. Jom Kenali Tidur
|
Bagaimana mendapatkan tidur yang sihat?
disediakan oleh, Nur Adila Syafiqa Bt Sulaiman |