Pilihanraya Umum
oleh Sow Cyn Sion
Dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat adalah penentu kepada pembentukan kerajaan melalui pilihanraya umum yang diadakan setiap lima tahun sekali. Pilihanraya mula diperkenalkan di Tanah Melayu sejak sebelum merdeka di mana pilihanraya pertama Tanah Melayu telah diadakan pada tahun 1955. Pilihanraya adalah sebagai satu kaedah yang berwibawa bagi memilih pemimpin-pemimpin politik dan ketua negara di seluruh dunia. Pilihanraya juga merupakan pemilihan umum ke atas seseorang untuk sesuatu jawatan dan pemilihan dibuat menerusi undi sesebuah perkumpulan (constituent body).
Pilihanraya boleh dijalankan menerusi pelbagai cara atau kaedah. Prosedur mengundi adalah rahsia, direkod dan diterbitkan seperti dalam banyak pilihanraya dan diadakan di seluruh dunia. Dari segi sejarah, pilihanraya merupakan salah satu kaedah daripada berbagai-bagai cara pemilihan dan ia menjadi kaedah yang sangat dominan dalam abad ke 20 iaitu seperti kaedah pendemrokasian.
Dalam pilihanraya, pemilihan mestilah dilakukan secara terbuka oleh pihak tertentu. Maka dalam satu-satu pilihanraya terdapat dua pihak yang terlibat iaitu orang yang dipilih dan kumpulan pemilihnya.Tujuan mengadakan pilihanraya adalah untuk memilih seseorang yang akan mewakili kepentingan rakyat dalam hal yang terletak di bawah bidang kuasa organisasi di mana seseorang berkenaan dipilih untuk bertugas melaksanakanya.
Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dilantik oleh Yang Dipertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-raja. Suruhanjaya ini terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tiga orang ahli. Salah seorang daripada ahlinya hendaklah memegang jawatan mengikut giliran samada dari Sabah atau Sarawak. Setiap ahli mempunyai kedudukan istimewa iaitu tidak dilucutkan daripada jawatannya melainkan dengan tatacara yang sama melucutkan seorang Hakim Mahkamah Tinggi. Ahli SPR boleh memegang jawatan sehingga meningkat usia 65 tahun.
Pemilih (Pengundi)
Seseorang pemilih (pengundi) yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya telah didaftarkan dalam daftar pemilih. Menurut Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, tiap-tiap warganegara yang pada tarikh kelayakan telah :
Bagi warganegara yang bermastautin di luar kawasan pilihanraya, dia dibenarkan mengundi melalui pos. Di antara individu yang terlibat ialah :
Seseorang itu boleh hilang hak mengundi sekiranya beliau :
Sumber : http://www.spr.gov.my/

- mencapai usia 21 tahun;
- bermastautin di dalam sesuatu bahagian atau jika bermastautin sedemikian adalah seorang pengundi tidak hadir, berhak mengundi dalam bahagian pilihanraya itu bagi mana-mana pilihanraya Dewan Rakyat atau pilihanraya Dewan Undangan Negeri, melainkan jika dia hilang kelayakan di bawah Perkara 119 (3) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Tidak seorang pun boleh mengundi lebih daripada satu bahagian pilihanraya dalam pilihanraya yang sama
Bagi warganegara yang bermastautin di luar kawasan pilihanraya, dia dibenarkan mengundi melalui pos. Di antara individu yang terlibat ialah :
- anggota perkhidmata awam
- pegawai SPR yang bertugas pada hari pengundian
- anggota polis
- pegawai tentera yang bertugas di perbatasan / hutan
- pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di luar negara semasa pengundian dijalankan
Seseorang itu boleh hilang hak mengundi sekiranya beliau :
- tidak sempurna akal
- sedang menjalani hukuman penjara
- dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah
Sumber : http://www.spr.gov.my/