MENTION ONLINE SUMBER INFORMATIF
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terlebih dahulu ribuan terima kasih diucapkan kepada semua warga UKM mahupun luar UKM khususnya kepada para pembaca yang sudi meluangkan masa untuk mengakses ke laman web Mention ini. Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah, Dr Emma Mirza Wati Mohamad dan rakan seperjuangan jurusan Komunikasi dan Pengurusan Maklumat kerana telah bersama berganding bahu dalam menyumbangkan idea dan tenaga untuk membangunkan laman sesawang yang amat berinformasi ini.
Seperti Laman Web Mention (Pusat Pengajian Media dan Komunikasi) edisi pertama, kami selaku edisi kedua masih lagi menyampaikan informasi-informasi atau perihal-perihal semasa yang berlaku di dalam dan di luar kampus. Pada minggu ini, melalui wartawan-wartawan Mention Online UKM, segala bahan berita dan rencana-rencana yang menarik telah dikumpulkan untuk dimuat naik dalam laman sesawang Mention Online UKM sebagai santapan para pembaca. Kesemua pengisian ini adalah bertujuan untuk menyampaikan serba sedikit informasi mengenai perkembangan aktiviti-aktiviti dan kegiatan yang berlaku di sekitar UKM.
Salah satu daripada berita yang kami sediakan adalah berita mengenai satu program yang telah dianjurkan sendiri oleh Mention. Program tersebut ialah program Operasi Khidmat Masyarakat yang diuruskan oleh jawatankuasa pelajar tahun dua Mention di bawah jurusan Komunikasi dan Dasar Awam dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa/i Perubatan UKM (PERSIAP). Program ini dijalankan pada 19 April hingga 22 April 2012 selama empat hari tiga malam di Kampung Alor Merah, Alor Star, Kedah. Tujuan utama program ini adalah untuk merapatkan silaturrahim di antara pelajar Mention dengan PERSIAP serta memberikan sumbangan dari segi tenaga kerja secara percuma kepada penduduk kampung Alor Merah.
Di samping itu, pelbagai rencana menarik yang bertemakan gaya hidup disediakan sebagai bahan bacaan para pembaca. Antaranya, rencana yang bertajuk Tata Rias Wajah Dapat Menaikkan Tahap Keyakinan Diri. Lazimnya, penampilan diri adalah amat penting bagi setiap individu sama ada lelaki atau wanita. Oleh itu, salah seorang daripada wartawan kami telah menghasilkan satu rencana yang memberikan tip-tip asas menata rias wajah khususnya bagi kaum wanita untuk tampil lebih cantik dan sempurna dengan penuh keyakinan. Untuk mengetahui tip-tip tersebut dengan lebih lanjut serta rencana-rencana lain, pembaca boleh melayari laman web kami ini.
Selain itu, seperti edisi lepas, kami juga menyediakan ruangan pengiklanan. Ruangan ini disediakan untuk memberi peluang kepada syarikat atau pengusaha yang ingin mempromosikan produk mereka. Melalui peluang pengiklanan ini mereka akan memperoleh faedah dari segi peningkatan pelanggan dan secara tidak langsung akan membawa kepada peningkatan hasil jualan mereka. Oleh itu, kami amat mengalu-alukan para pembaca untuk mengakses laman web ini sambil mencuci mata melihat produk yang dipromosikan. Contohnya, kami telah mendapatkan Hair and Beauty Saloon untuk mempromosikan perkhidmatan mereka. Promosi ini juga sangat sesuai kepada para pembaca yang ingin menjaga atau merawat kecantikan diri.
Akhir kata, saya mewakili ahli kumpulan untuk edisi kedua ini sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan laman web Mention Online UKM. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pengiklan-pengiklan yang sudi mengiklankan produk mereka dalam ruangan advertorial. Diharapkan melalui kewujudan Mention Online, lebih banyak berita di sekitar UKM dan rencana yang berfaedah dapat dihasilkan. Semoga Mention Online terus kukuh dan kekal sebagai sebuah laman sesawang yang kreatif dan informatif. Terima kasih.
Nurul Syazwani Johari
Ketua Pengarang
Mention Online 2012 Edisi Kedua