Teres Ekoniaga Tumpuan Pelajar
oleh Mohamad Zakwan Che Zakaria
UKM: Teres Eko Niaga UKM telah dibuka berhampiran Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP). Kedudukannya yang strategik dan suasana yang tenang menjadikan teres ekoniaga menjadi salah satu daya tarikan kepada para pengunjung.
Teres Eko Niaga beroperasi daripada pagi sehingga lewat malam. Kiosk di teres ekoniaga ini menjadi pilihan kunjungan para pelajar kerana ia berdekatan dengan FEP dan Perpustakaan Tun Sri Lanang.
Menurut pelajar Fakulti Ekonomi dan Perniagaan tahun dua yang terdiri daripada Roslina Ahmad , Hamidah Mawil, Ros Anida Snibon dan Nur Atikah Ganti Salim yang merupakan pengunjung disitu, rata-ratanya berpendapat bahawa harga makanan disitu murah dan berpatutan untuk pelajar.Tambah mereka lagi, kiosk yang lebih daripada satu disitu memberi peluang kepada mereka untuk memilih kiosk yang menjadi pilihan masing-masing.
“Makanan dan kedudukan kiosk yang bersebelahan dengan fakulti dan berhampiran dengan Perpustakaan Tun Sri Lanang menjadikan Teres Eko Niaga strategik dari segi kedudukannya, dan mampu memenuhi utiliti pelanggan” tambah mereka lagi.
“Namun begitu menu perlu divariasikan lagi bagi menarik minat para pelajar untuk terus berkunjung disitu” cadang mereka lagi.