GAJET ELEKTRONIK (iPHONE ATAU TAB) KEPERLUAN ATAU GAYA?
Oleh Misalindah Abraham
iPhone atau Tab adalah antara gajet elektronik yang popular pada masa kini. Semakin ramai di kalangan kita yang memiliki gajet seperti ini. iPhone semakin hari semakin tinggi teknologinya. iPhone yang dipasarkan oleh syarikat Apple Inc. Ini mempunyai pelbagai model antaranya, iPhone 3G, iPhone 3GS, iPhone 4, iPhone 4S dan banyak lagi. Manakala Tab yang dikeluarkan oleh Samsung Malaysia Electronics pula juga mempunyai pelbagai model seperti Samsung Galaxy Tab, Android Samsung Galaxy Tab 10.1, iPad 2, Samsung Galaxy Tab P1000 dan banyak lagi dengan bentuk dan saiz yang berbeza.
iPhone 4S Ramai orang yang sudah menggunakan iPhone atau Tab dalam kehidupan harian mereka. Bukan sahaja kecanggihan teknologi malah aplikasi yang terdapat dalam gajet ini sangat interaktif. Persoalannya di sini, adakah penggunaan iPhone dan Tab ini adalah satu keperluan atau gaya? Seperti apa yang kita sedia maklum, iPhone dan Tab harganya adalah agak mahal. Namun, ramai orang sudah pun memilikinya. |
Apabila Gajet Elektronik menjadi KEPERLUAN!!!
- Fungsi yang sangat lengkap memenuhi keperluan masa kini
- Reka bentuk yang nipis dan ringan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.
- Aplikasi yang sangat banyak dan menarik
- Maklumat di hujung jari dengan kebolehcapaian internet walau di mana jua berada dan pada bila-bila masa.
- ‘Handlaptop’ yang membolehkan kita menyiapkan kerja tanpa mengira masa dan tempat.
- Teknologi canggih member kepuasan kepada pemiliknya.
- Komunikasi yang tiada batasan ruang, masa, dan tempat
Apabila Gajet Elektronik menjadi GAYA!!!
WOW !!! begitulah kata seorang kawan sekiranya kita memiliki iPhone atau Tab. Sememangnya merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan. Ini kerana:
PC + Handphone = ADVANCED!!! |
Keperluan atau gaya tidak menjadi masalah sekiranya kita menggunakan gajet elektronik ini. Kecanggihan yang dibawa oleh peralatan baru ini membawa kita menerokai dunia dengan lebih cepat dan luas. Sebagai manusia yang hidup dalam zaman yang sentiasa berubah, kita juga perlu berubah. KEPERLUAN kerana ianya lengkap seperti ‘handphone’ dan laptop menjadi satu. Manakala GAYA kerana ianya trend zaman sekarang. Apa yang menampakkan jurang antara keperluan dan gaya adalah persepsi kita dalam melihat individu yang menggunakannya dan cara pembawaan oleh individu yang memilikinya. Teknologi perlu dimanfaatkan di samping menggunakannya adalah sesuatu yang bergaya.