Sakit Kepala?!
Sakit kepala yang teruk
Pernahkah anda mengalami masalah sakit kepala dalam kadar yang terlampau kerap? Pada era globalisasi kini yang dipenuhi dengan persaingan dan tekanan, dipercayai bahawa ramai orang yang mengalami masalah sakit kepala. Apakah itu sakit kepala?Berdasarkan laporan Majlis Pendidikan Sakit Kepala Amerika (ACHE), dianggarkan hampir 90 peratus lelaki dan 95 peratus wanita pernah mengalami sekurang-kurangnya rasa sakit kepala seumur hidup mereka terutamanya ketika jatuh sakit, keletihan ataupun ketika tertekan. Sesetengah orang mengandaikan sakitnya seperti getah yang secara perlahan-lahan mengikat sekeliling kepala dan membayangkan kesakitan mereka bertambah teruk sebaik lampu dinyalakan.
Sebenarnya, sakit kepala merupakan kesakitan di bahagian kepala atau leher. Walaubagaimanapun, tisu otak itu sendiri tidak sensitif kepada kesakitan kerana kurangnya reseptor sakit, sebaliknya, kesakitan adalah disebabkan gangguan struktur sakit-sensitif di sekitar otak. Beberapa kawasan di kepala dan leher mempunyai struktur sakit-sensitif ini, iaitu cranium (periosteum tengkorak) , otot, saraf, arteri dan vena, tisu subkutaneus, mata, telinga, sinus dan membrane mukus.
Profesor dan Ketua Jabatan Perubatan Penjagaan Utama, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Datin Chia Yook Chin telah menghuraikan beberapa gejala sakit kepala yang paling biasa berlaku. Beliau mengatakan bahawa sakit kepala terbahagi kepada dua iaitu primer dan sekunder. Sakit kepala primer adalah disebabkan masalah yang tidak berkaitan dengan kesihatan seperti ketegangan, migraine dan lain-lain lagi, manakala sakit kepala sekunder pula berpunca daripada masalah kesihatan seperti tekanan yang meningkat dalam tengkorak disebabkan ketumbuhan. Sebanyak 90% sakit kepala dalam golongan sakit kepala primer dan 10% dalam golongan sakit kepala sekunder.
Seterusnya, sakit kepala boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis seperti sinus, migrain, sakit kepala akibat tegangan, migraine dan lain-lain lagi. Keempat-empat jenis sakit kepala yang utama ini mempunyai simptom-simptom atau ciri-ciri yang berbeza-beza. Ciri-ciri tersebut penting untuk dikenal pasti supaya rawatan yang betul dapat diambil.

Sakit kepala keradangan sinus biasanya berlaku semasa dan selepas demam selsema terutamanya jika berlaku pengaliran lendir dari hidung ke dalam farinks. Sakit tertumpu pada kawasan tertentu seperti di muka atau kepala dan menyerang dalam masa yang singkat. Kesakitan akan menjadi teruk apabila pesakit menggerakkan kepala, batuk dan bersin. Pengambilan alkohol, perubahan suhu yang mendadak, musim sejuk, keluar dari kawasan panas ke kawasan sejuk akan menambahkan lagi rasa sakit.
|
Sakit kepala migran pula berlaku apabila saluran darah di dalam kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas. Kesakitan hanya berlaku di sesetengah kepala sahaja namun ia berkemungkinan akan merebak ke seluruh bahagian kepala. Kepala akan berasa berdenyut-denyut dan ianya berlaku secara perlahan dan ia akan menjadi lebih buruk selepas sejam atau lebih. Beliau berkata lagi bahawa, migrain biasanya menyerang sekali dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan dan ia mampu berlarutan selama sekurang-kurangnya dua hingga empat jam apabila ianya berlaku.
Sakit kepala tertumpu berlaku dalam kalangan lelaki pertengahan umur. Sakit kepala tertumpu hanya meliputi sebelah bahagian kepala sahaja dan kesakitan biasanya terjadi di belakang mata. Sakit kepala tertumpu akan menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran dan ia akan berlaku selama lima hingga sepuluh minit. Kesakitan mampu menyebabkan seseorang terbangun daripada tidur.
Sakit kepala disebabkan ketegangan pula biasanya dirasai dibelakang kepala dan leher dan tidak terhad pada sebelah bahagian sahaja. Sakit ini mungkin akan berlarutan selama beberapa hari hingga beberapa minggu lamanya dengan masa lega yang singkat di antara serangan. Kesakitan ini digambarkan seperti satu ikatan kuat yang menekan, jarang berdenyut dan tidak pernah disertai dengan demam.
Sebagai kesimpulannya, sakit kepala akan menjejaskan kehidupan seharian kita dan ia mampu membawa kesan yang amat besar kepada kita seperti pelajaran, kerjaya dan lain-lain. Jika tidak diubati apabila dikesan, ia akan menjadi teruk dan susah diubati pada masa yang akan datang. Jadi, tindakan segera perlu diambil sebelum sakit kepala menjadi lebih teruk.
disediakan oleh,
Loke Kar Wai