KAPREZA '12 (Karnival Premier Za'ba)
oleh: Nurain bt Mohd Salleh
UKM : Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); KAPREZA adalah satu aktiviti tahunan yang telah menjadi suatu tradisi untuk dijalankan setiap sesi kemasukan di Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) yang dianjurkan di bawah Biro Yang Di Pertua Jawatankuasa Siswa/Siswi (JAKSA) KPZ. KAPREZA yang berkonsepkan Hari Keluarga KPZ menghimpunkan pelajar-pelajarnya sendiri untuk menganjurkan program dengan menarik pelajar dan pengunjung dari luar kolej mereka di dalam satu karnival di sekitar kawasan KPZ. KAPREZA ’12 dijangka akan diadakan pada 19 sehingga 22 April 2012 dengan temanya “Transformasi Pencetus Aspirasi”.
KAPREZA ’12 merupakan karnival yang akan dijalankan untuk kali ke-6 sejak pembukaan KPZ pada tahun 2006. Menurut Ketua Pengarah program, merangkap Yang Di Pertua JAKSA KPZ, En Abu Bakar Siddique bin Ahmad Fadzil, beliau menyatakan bahawa program ini telah dapat menarik ramai krew dari kalangan pelajar KPZ sendiri untuk sama-sama menganjurkan pelbagai program bagi memeriahkan KAPREZA ’12. Secara tidak langsung, program seperti ini dapat memberi tunjuk ajar kepada semua krew terutama pelajar tahun 1 untuk melaksanakan tugas dan mengetahui cara-cara untuk melangsungkan sesuatu program.
Sepanjang KAPREZA ’12 berlangsung, pelbagai program telah dirangka untuk dijalankan seperti Forum Perdana KPZ “Cinta Tujuh Petala Langit”, Pertandingan Futsal Piala Ayahanda, Pertandingan Tenpin Boling Piala Pendeta Za’ba, Pertandingan Fotomania, Horses In Action, Colorful Macaroon, Raja Makan, Explore UKM, Le Tour de UKM, Kids Show Time, Grooming (Interpersonal & Intrapersonal), Kuali Hangit, Master Mamak, Street Dance Showdown, Paintball, Battle of The Band dan Graffiti Arts. KAPREZA merupakan antara Hari Keluarga terbesar di UKM oleh kerana KPZ menempatkan penginapan kepada hampir 2000 pelajar UKM.
Gerak kerja telah mula dilakukan seawal semester satu oleh JAKSA-JAKSA KPZ selaku pemantau dan dibantu juga oleh beberapa pelajar senior KPZ. KAPREZA ’12 yang dianggotai seramai 200 krew melakukan tugas masing-masing bermula akhir semester satu sehingga sekarang bagi melancarkan karnival yang bakal diadakan. KAPREZA ’12 dijangka akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Razali Ibrahim untuk Perasmian Penutupan pada 22 April 2012 disamping persembahan konsert oleh artis-artis jemputan sebagai tirai penutupan KAPREZA ’12.