Tesis Masih Diperlukan Walaupun Mengikuti Program CESMED
oleh: Sh. Nurafiqah Binti Syed Ahmad Kamal
Prof. Madya Datin Dr Norizan
Binti Abdul Razak
UKM: “Tesis adalah penting dan wajib serta masih diperlukan” menurut penyelaras bagi Centre for Entrepreneurship and SMEs Development (CESMED) bagi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) iaitu Prof Madya Datin Dr. Norizan Binti Abdul Razak, berkenaan ura-ura yang mengatakan bahawa pelajar yang mengikuti program CESMED tidak perlu membuat latihan ilmiah iaitu menulis tesis. Menurut beliau lagi, pihak fakulti telah menyatakan bahawa untuk pelajar FSSK adalah wajib untuk menyiapkan tesis mereka tetapi boleh menyelitkan unsur keushawanan di dalam bidang kajian yang mereka kaji.
Program CESMED merupakan satu program yang menekankan aspek keusahawanan sebagai salah satu bidang yang boleh diceburi oleh pelajar selepas mendapatkan ijazah mereka. Kursus ini merupakan kursus wajib bagi pelajar tahun satu sesi 2011/2012 bagi memupuk semangat keusahawanan dalam diri pelajar sebagai salah satu cara untuk mengatasi masalah pengangguran mahasiswa.
Kursus ini pada mulanya disarankan oleh Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Tan Sri Dato’ Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin bagi membolehkan graduan UKM mempunyai nilai tambah tersendiri berbanding graduan universiti lain. Ianya selaras dengan rasional dan matlamat UKM.
Idea untuk menawarkan kursus ini adalah disebabkan oleh keperluan untuk memenuhi kebolehpasaran pelajar bagi memastikan graduan kelahiran UKM mampu mendapat tempat di dalam pelbagai industri. Program ini dibentuk supaya bidang akademik dan kokurikulum pelajar menjadi seimbang kerana ia merangkumi pelbagai kemahiran terutamanya
kemahiran berkomunikasi. Menurut Prof Madya Datin Dr. Norizan Binti Abdul Razak lagi, pelajar perlu kreatif dan inovatif serta berfikir secara luar biasa untuk mengeluarkan idea bagi menghasilkan produk-produk terbaru seiring dengan perubahan masa dan teknologi masa kini.
Seterusnya, terdapat sesetengah pelajar yang mengikuti program ini mengadu bahawa waktu kuliah kursus yang sering bertukar menyebabkan terdapat masalah percanggahan waktu kuliah subjek lain. Bagaimanapun, Prof Madya. Datin Dr. Norizan Binti Abdul Razak menolak dakwaan ini dengan berkata “Setakat ini, tiada masalah yang dihadapi oleh pelajar FSSK yang mengikuti kursus tersebut kerana pelajar yang mendaftar kursus tersebut diberikan pilihan waktu kuliah yang sesuai dengan mereka dan tidak sepatutnya berlaku masalah percanggahan waktu kuliah kerana pelajar yang memilih sendiri waktu kuliah mereka. Malahan kuliah bersemuka hanya 7 minggu dan 7 minggu yang seterusnya adalah untuk pelajar mendengar kuliah umum di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) dan juga menjalani program simulasi Mogul.
Mulai sesi 2011/2012, UKM merupakan universiti pertama di Malaysia dan dunia yang menawarkan kursus ini kepada 3000 orang pelajar secara serentak. Prof Madya Datin Dr. Norizan berharap bahawa program ini akan meningkatkan nilai tambah graduan UKM. Selain itu, pelajar juga akan mempunya pengalaman dan kelebihan dalam bidang keusahawanan supaya dapat mengurangkan jumlah pengangguran mahasiswa dan mampu menjadi usahawan yang berjaya.