Gelombang Bunyi : Terapi Otak (edisi khas)
oleh : penyunting Monline Edisi 1
Gelombang bunyi merupakan salah satu terapi untuk otak. Bunyi mampu mempengaruhi kesihatan otak manusia. Menurut kajian, otak bekerja secara elektrikal iaitu menggunakan gelombang frekuensi sama seperti musik, dentingan, gesekan, dan nada-nada bermain dan menghasilkan frekuensi tertentu. Dalam erti kata lain, kerja otak diukur dengan menggunakan frekuensi seperti bunyi. Terdapat beberapa jenis gelombang frekuensi iaitu;
Semua jenis gelombang ini mempunyai fungsi tertentu terhdap otak manusia. Gelombang-gelombang ini membantu otak kita bekerja semasa kita sedar atau pun tidak iaitu pada siang dan malam hari. Kesibukan otak dibantu dengan fokus yang terbina daripada mendengar gelombang. Begitu juga dengan tubuh yang tenang dan rileks.
Bagaimana muzik menjadi terapi otak?
Caranya begitu mudah. Kita boleh mendengar musik atau gelombang tertentu sebelum tidur, dalam perjalanan, di rumah, atau pun semasa membaca. Selain itu, kita juga boleh terus pergi ke pusat-pusat terapi otak atau minda yang berdekatan yang membekalkan perkhidmatan terapi ini. Melakukan terapi secara berkala seperti 2-3 seminggu juga sudah cukup untuk memberi peluang kepada otak untuk rehat selepas bekerja begitu lama disamping meningkatkan produktivitinya.
Gambar (Rajah 1 dan 2), adalah salah satu contoh CD yang menggunakan gelombang Theta. Ianya terbukti mampu melegahkan tekanan, sakit kepala, dan kepenatan. Gelombang Theta umumnya membantu kita dalam menenangkan minda agar dapat menyelesaikan sesuatu perkara dengan betul dan cepat. Satu kaedah yang boleh diamalkan adalah dengan melakukan kerja-kerja atau tugasan sambil mendengar gelombang ini. Ianya akan membantu kita untuk lebih fokus secara tidak langsung dan dapat menjalankan proses pembelajaran dengan berkesan. Selain itu, gelombang Theta ini juga membantu untuk melancarkan perjalanan darah dalam otak bagi mengelakkan sakit kepala dan stres.
Produk gelombang otak seperti ini boleh didapatkan di pasaran. Walaupun agak mahal, tapi BERBALOI-BALOI!!! :)
Info mendalam sila layari,
http://www.terapiotak4u.com/a-natural-healing.htm
http://stress.about.com/od/tensiontamers/a/music_therapy.htm
- Beta = Fokus harian
- Alpha = Rileks
- Theta = Relaksasi dalaman, meditasi, merenung atau menyelesaikan masalah
- Delta = Tidur