Kemudahan Di Pusat Pergigian UKM
Oleh Oui Qin Hui
Bersama Dr Hamiza ketika sesi temuramah
Pusat pergigian lazimnya satu tempat yang ditakuti para pelajar apabila teringatkan tentang kesakitan yang bakal dialami. Ketua Unit Pergigian, Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Doktor Hamiza Binti Hamidon yang sudi meluangkan masa telah berkongsi maklumat tentang pakej perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelajar dan kakitangan di Pusat Pergigian ini.
Walaupun Pusat Pergigian di sini tidak menawarkan rawatan pakar seperti rawatan ortodontik, tetapi rawatan prima telah disediakan sepenuhnya seperti yang ditawarkan di klinik pergigian swasta atau kerajaan lain. Menurut Dr. Hamiza, rawatan prima dapat dikelaskan kepada beberapa aspek. Aspek yang pertama merupakan rawatan konservatif atau disebut sebagai pemeliharaan. Dalam rawatan ini, rawatan tampalan dan rawatan salur akar gigi telah disediakan. Rawatan tampalan disediakan apabila gigi berlubang, manakala rawatan salur akar gigi pula dapat menyimpan dan mengelakkan gigi daripada dicabut.
Rawatan lain yang ditawarkan adalah rawatan pencegahan, iaitu termasuklah peskalaan dan pengilapan. Penskalaan merupakan proses mencuci dan membersihkan gigi, manakala pengilapan merupakan proses melicinkan permukaan gigi. Rawatan prostetik iaitu penanaman gigi palsu dan rawatan surgeri iaitu cabutan gigi juga disediakan di Pusat Pergigian UKM ini. Menariknya, rawatan yang menyeluruh ini dapat dinikmati oleh seluruh pelajar UKM, kakitangan dan tanggungan mereka tanpa syarat yang khusus.
Doktor Hamiza juga sudi berkongsi pengalaman beliau selama hampir sembilan tahun bekerja di Pusat Kesihatan Pergigian. Beliau mengatakan sebab utama yang mencetuskan masalah pergigian antara pesakit adalah kerana kurang kesedaran dalam kesihatan pergigian. Mereka sebenarnya tidak menyedari bahawa kesihatan gigi yang tidak memuaskan akan mencetuskan penyakit kronik yang serius terhadap mereka. Misalnya, gigi yang tidak sihat boleh menyebabkan penyakit jantung berlubang sehingga tahap yang kronik.
Di samping perkhidmatan pergigian, Pusat Pergigian UKM ada melancarkan pameran bulanan mengenai topik tertentu yang telah ditetapkan oleh Doktor Hamiza bersama kakitangan Pusat Pergigian. Kempen kesihatan pergigian juga telah dilancarkan secara berasingan dan secara bergabung dengan Unit Perubatan untuk menyedarkan para pelajar tentang kesihatan gigi mereka.Seterusnya, Pusat Pergigian UKM mengadakan ceramah di beberapa buah tadika di Bandar Baru Bangi untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan kanak-kanak.
Beliau juga ada menyatakan tentang masalah yang dihadapi oleh pihak mereka iaitu bajet yang tidak mencukupi untuk membeli kelengkapan dan peralatan yang diperlukan. Sebenarnya, ini telah menjejaskan perkhidmatan yang diberikan, tetapi kakitangan Pusat Pergigian UKM tetap berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menawarkan perkhidmatan yang terbaik untuk pelajar, kakitangan dan tanggungan mereka.