REKREASI DI UKM
Oleh Nor Salsabil KK Mohammad
Stadium UKM
UKM : Rekreasi merupakan salah satu aktiviti riadah yang mampu mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh seseorang individu khususnya mahasiswa. Itulah yang dikatakan oleh seorang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu saudari Nuraidil Husna Binti Abdul Razak yang merupakan pelajar tahun 2 di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).
Menurut beliau, sebagai seorang pelajar, mereka boleh melakukan pelbagai jenis rekreasi seperti bersukan, melancong, menyertai kem jati diri dan sebagainya.
Beliau berkata UKM merupakan sebuah Universiti tempatan yang tersohor dan mempunyai bilangan pelajar yang ramai. Universiti ini menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelajar untuk berekreasi. Antara kemudahan yang disediakan ialah gymnasium, trek joging, kolam renang, tasik untuk melakukan aktiviti berkayak dan sebagainya.
Mahasiswa dari Pusat Pengajian Bahasa, Kebudayaan, dan Kesusasteraan Melayu berkata, kepentingan utama beliau berekreasi adalah untuk kesihatan. Aktiviti rekreasi yang sering dilakukan oleh beliau ialah bermain badminton. Beliau akan bermain badminton sekiranya mempunyai masa yang terluang. Kebiasaanya beliau akan bermain di gelanggang badminton di kolej kediaman beliau iaitu Kolej Dato’ Onn.
Menurut beliau lagi, melalui aktiviti ini, beliau dapat bersenam dan mengeluarkan peluh disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim yang lebih akrab bersama kawan-kawan. Di samping itu juga, dengan berekreasi, beliau dapat berinteraksi dengan rakan-rakan daripada pelbagai bangsa yang berlainan.
Katanya lagi, sebagai seorang mahasiswa, beliau mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu dipikul seharian seperti pelajaran, aktiviti kokurikulum, kesempitan wang dan juga masalah peribadi. Melalui aktiviti ini, beliau dapat melupakan seketika masalah yang dihadapinya.
Selain itu, pelajar tahun dua ini turut menceritakan perasaan selepas bermain permainan yang digemarinya. Beliau berkata, beliau berasa seronok kerana dapat meluangkan masa terluang bersama kawan-kawan. Tambahan lagi, badannya berasa lebih cergas dan bertenaga untuk menghadapi cabaran yang akan datang sepanjang bergelar mahasiswa di UKM. Menurutnya lagi, pemikiran beliau juga menjadi lebih positif kerana beliau dapat melepaskan tekanan yang dihadapi dengan cara yang sihat.
Ketika ditemu bual, pelajar jurusan Persuratan Melayu ini turut memberi kata-kata terakhir untuk dikongsi bersama para pembaca mention online. Beliau mengatakan bahawa rekreasi merupakan salah satu cara yang terbaik untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan kegiatan yang tidak sihat. Aktiviti rekreasi perlu dijadikan rutin harian oleh semua mahasiswa dan mahasisiwi selain daripada belajar kerana aktiviti tersebut merupakan salah satu kegiatan yang bermanfaat.