Pilihanraya Kampus Menimbulkan Kesedaran Politik Mahasiswa
Ahmad Muzammil Muhd Hairi
Bangi,UKM: “Pilihanraya kampus mengajar dan memberi pengalaman kepada mahasiswa berkaitan dengan proses-proses pilihanraya yang serupa dengan pilihanraya umum. Ini secara tidak langsung menimbulkan kesedaran politik dan memberikan peluang kepada mahasiswa untuk memilih pucuk pimpinan mereka.” kata Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) sesi 2010/2011, saudara Lt M Ahmad Muzammil Bin Muhd Hairi berkenaan kepentingan pilihanraya kampus kepada pelajar universiti khususnya pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menurut beliau, pilihanraya kampus sepatutnya dilaksanakan pada semester kedua sesi 2011/2012. Namun ia tidak dapat dilaksanakan. Ini menyebabkan semua pelajar dari tahun satu hingga tahun akhir tidak dapat mengundi dan ini juga sedikit sebanyak merencatkan perjalanan politik kampus di UKM.
Pilihanraya kampus UKM akan diadakan pada semester pertama bagi sesi 2012/2013 dimana ia akan turut melibatkan mahasiswa-mahasiswa yang baru mendaftar untuk turut mengundi. Mereka belum memahami keadaan politik di UKM yang mana mungkin akan memudahkan mereka untuk dipengaruhi dengan pelbagai strategi oleh calon-calon pemimpin.
Mengulas mengenai perkara ini, salah seorang pelajar yang ditemubual iaitu saudara Muhammad Nurshazni Bin Mohd Salleh, pelajar tahun 3 Komunikasi dan Dasar Awam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) berkata, “Pada pandangan saya, para pelajar terutamanya kepada mahasiswa/i yang baru ini wajar terlibat dengan pilihanraya kampus. Hal ini adalah kerana suara, pandangan, cadangan dan kehendak mereka perlu dilontarkan melalui pilihanraya kampus. Para pelajar diberikan hak dan kebebasan untuk melontarkan suara dan bantahan serta mengemukakan cadangan kepada pihak bertanding supaya bakal pemimpin dapat merealisasikan kehendak mereka demi kebaikan semua pelajar.”
Tambah beliau lagi, pilihanraya kampus yang akan datang bakal menyaksikan persaingan yang sengit antara persatuan- persatuan yang terlibat kerana pihak kerajaan telah meminda Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1972 yang membenarkan mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta berpolitik di dalam kampus. Pindaan ini memberikan ruang kepada para mahasiswa/i untuk merencanakan idea dan pandangan mereka bagi mewakili persatuan yang mereka sertai.
Harapan presiden PMUKM untuk pilihanraya kampus yang akan datang ialah “Saya berharap agar proses pilihanraya tersebut dapat dilaksanakan dengan telus dan tidak ‘bias’ kepada mana-mana pihak serta memberikan ruang kepada mahasiswa untuk berkempen di seluruh kawasan lingkungan UKM.” Manakala saudara Muhammad Nurshazni Bin Mohd Salleh pula berharap pilihanraya kampus pada tahun ini bersih dari segala bentuk keganasan, provokasi melampau, cantas-mencantas antara satu sama lain, tiada campur tangan daripada pihak luar, dan pertelagahan antara pihak-pihak yang bertanding. Kempen perlulah diadakan secara matang dan tidak terikut-ikut rentak politik luar kampus.