Kenali Produk Kesihatan
oleh Nurul Syazwani Johari
HerbaLife
Tahukah anda di dalam badan kita terdapat sistem perlindungan yang sagat menakjubkan? Ia dikenali sebagai sistem imun yang mana dicipta untuk melindungi dari jangkitan berjuta-juta bacteria, mikrob, virus, toksin dan parasit yang sentiasa menyerang tubuh kita.
Mengikut David Liaw, seorang pengamal terapi holistik, “sistem imun adalah sesuatu yang kompleks, sangat rumit, dan sesuatu yang menakjubkan. Mengetahui cara untuk memastikannya seimbang adalah kunci kepada pemulihan kesihatan. Menurut beliau lagi, sistem imun adalah penting dalam usaha untuk mengekalkan kesihatan baik yang berpanjangan.”
Oleh itu, tidak hairanlah jika terdapat golongan masyarakat yang mengamalkan pengambilan produk kesihatan untuk menjamin kesihatan tubuh badan mereka.
Menurut Rabiatul Adawiyah, pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menggunakan produk kesihatan, “mencegah lebih baik dari mengubati dan saya mahu lakukan yang terbaik untuk tubuh saya sebagai seorang pelajar. Dulu saya tidak mempercayai akan produk-produk kesihatan. Tetapi setelah mendegar satu ceramah kesihatan oleh doktor pakar kesihatan sendiri, saya mula mengambil produk kesihatan iaitu Herbalife. Produk ini sebagai langkah menjaga kesihatan kerana mengandungi 19 jenis vitamin yang diperlukan oleh badan kita.”
Namun, tidak semua produk kesihatan sesuai digunakan. Pada tahun 2010 terdapat beberapa produk kesihatan yang telah disenarai hitamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana mangandungi bahan-bahan yang boleh membahayakan pengguna. Antaranya, Body Beaus, Slimax Coffee, Body Trimz, lain-lain lagi.
Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, KKM telah menyediakan beberapa panduan sebelum membeli atau mendapatkan produk kesihatan iaitu sama ada produk tersebut berkonsepkan MLM (Multi Level Marketing) atau sebaliknya, ianya harus mempamerkan nombor pendaftaran yang telah diberikan. Nombor pendaftaran tersebut dikenali sebagai MAL yang merujuk kepada Malaysia. Disetiap hujung MAL akan terdapat huruf A, TC, T, K dan pelbagai lagi mengikut kategori produk.
Bagaimana anda boleh mengetahui ketegori MAL?
Barangan POISON merupakan barangan terkawal dan memerlukan pengesahan doktor atau ahli farmasi yang bertauliah untuk mendapatkannya. Contonya, pam semput untuk pasakit Asthma iaitu Ventolin Evohaler ditandakan sebagai MAL20000727AR.
Barangan tradisional ialah produk yang berasaskan herba dan tidak mengandungi bahan kawalan atau POISON. Ianya selamat diambil tanpa perlu diskripsi doktor, tetapi haruslah diambil dengan berhati-hati dan mengikut aturan yang telah ditetapkan. Contohnya, MAL19985231T dan MAL19985231TC
Barangan OTC merujuk kepada barangan yang bolej dijual tanpa diskripsi doktor, ianya juga boleh didapati di kedai-kedai herba Cina, Melayu dan kedai serbaneka. Contohnya, Panadol dengan nombor MAL 19950080X.
Barangan kosmetik juga tidak terkecuali daripada dikenakan pendaftaran. Ianya untuk mengelakkan dari mengandungi bahan terlarang seperti steriod, Hydroquinone & Tretinoin. Contohnya, MAL 19950356K.
Di samping itu, untuk mengesahkan bahawa produk tersebut mendapat pengesahan dari pihak berwajib atau tidak, anda boleh membuat semakan secara online di laman web farmasi kebangsaan. Selain memastikan terdapatnya nombor pendaftaran pada setiap produk, anda juga perlu memastikan terdapat hologram PBKD untuk membuktikan bahawa produk tersebut adalah asli dan selamat digunakan.
Sumber :
http://www.oneclique.com.my/blogs/553/376
http://sentosa-online.com/info/about/
http://www.kesihatan.biz/

- Barangan POISON : A

- Barangan Tradisional : T dan Barangan Tradisional Cina : TC
Barangan tradisional ialah produk yang berasaskan herba dan tidak mengandungi bahan kawalan atau POISON. Ianya selamat diambil tanpa perlu diskripsi doktor, tetapi haruslah diambil dengan berhati-hati dan mengikut aturan yang telah ditetapkan. Contohnya, MAL19985231T dan MAL19985231TC
- Barangan OTC : ( Over The Counter )
Barangan OTC merujuk kepada barangan yang bolej dijual tanpa diskripsi doktor, ianya juga boleh didapati di kedai-kedai herba Cina, Melayu dan kedai serbaneka. Contohnya, Panadol dengan nombor MAL 19950080X.
- Barangan Kosmetik : K