PEMAKAIAN KAD MATRIK
Oleh Mohd Solehudden Mohd Ahhari
UKM : “Malas” dan “skema”, itu merupakan alasan yang banyak diberikan oleh mahasiswa mengenai pemakaian kad matrik. Isu pemakaian kad matrik dalam kalangan mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia masih lagi menjadi isu lapuk yang seperti tiada jalan penyelesaiannya, namun demikian kes-kes kehilangan kad matrik masih lagi berlaku dalam kadar satu kes untuk satu bulan, menurut Lt. Kol Juri bin Tasripan ketika di wawancara baru-baru ini. Oleh yang demikian, faktor atau alasan utama dalam kalangan mahasiswa mengapa pemakaian kad matrik tidak diambil berat akan menjadi masalah yang semakin berbangkit pada masa akan datang.
|
Menurut salah seorang pelajar fakulti ekonomi dan pengurusan (FEP) Mohamad Aswadi Bin Razali, isu ini sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan mahasiswa dan beliau berpendapat bahawa tiada kepentingan yang utama untuk memakai kad matrik pada setiap masa kerana tiada kegunaan yang utama dalam kehidupan sebagai seorang mahasiswa. Beliau menambah, pemakaian kad matrik hanya menunjukkan budaya skema dalam kalangan mahasiswa, kerana apabila ada yang memakai pasti ada yang akan memberi komen negatif serta keperluan kad matrik hanya wujud ketika ingin menduduki peperiksaan akhir sahaja, katanya.
Pendapat bagi salah seorang pelajar fakulti sains dan teknologi (FST) Mohd Qayyum Bin Abd Latip, beliau beranggapan bahawa kad matrik sebagai identiti yang penting selepas kad pengenalan dan lesen memandu, tambahan pula kad matrik juga dapat digunakan dalam pelbagai hal, contohnya kad matrik dapat mengurangkan harga ketika melakukan pembelian disesetengah pasar raya. Ini dapat dirumuskan, bahawa bukan semua mahasiswa beranggapan kad matrik tidak penting bagi kehidupan mereka.
Walaubagaimanpun, Lt. Kol Juri menyatakan bahawa sekiranya berlaku kes kehilangan kad matrik pihak keselamatan tidaklah begitu kejam untuk terus mengambil tindakan keras terhadap pelajar atau pun warga UKM yang mengalami masalah kehilangan kad matrik mereka, setiap kes kehilangan kad matrik hanya akan di caj sebanyak RM15 sahaja untuk mendapatkan kad matrik yang baharu. Segala kes kecelakaan yang berlaku bolehlah berurusan dengan pihak keselamatan UKM untuk mendapatkan prosedur penyelesaiannya.