Bersenam Sambil Bergaya oleh Mohamad Hezwan Bin Bahari
Bersenam sememangnya memberikan pelbagai kebaikan kepada seseorang yang sentiasa menjadikan ia sebagai rutin dalam kehidupan. Selain memperolehi tahap kesihatan yang baik, golongan yang sering aktif bersenam sememangnya mempunyai kualiti kehidupan yang baik seperti lebih aktif menjalankan sesuatu kerja, ceria dan lebih sihat dalam menjalani kehidupan seharian. Namun, pada abad ke 21 ini, trend yang semakin menjadi ikutan adalah menjadikan gaya penampilan semasa bersenam sebagai sesuatu yang perlu diberikeutamaansewaktu bersenam. Lokasi untuk bersenam tidak menjadi penghalang kepada seseorang individu tersebut untuk memastikan dirinya sentiasa bergaya ketika bersenam.
Gaya penampilan sememangnya penting bagi setiap individu. Gaya sememangnya memberikan kepuasan kepada seseorang jika ia menjadi perhatian umum. Gaya penampilan yang dikatakan berkait rapat dengan pakaian dan penampilan peribadi contohnya rambut. Pastinya terdapat gaya yang menjadi suatu ikutan seperti gaya selebriti terkenal. Selebriti terkenal sememangnya menjadikan gaya penampilan mereka sentiasa terjaga tidak mengira di tempat mahupun masa krana mereka sentiasa menjadi tumpuan khalayak. Gaya golongan ini sememangnya menjadi ikutan kerana setiap individu mahukan yang terbaik untuk diri sendiri.
Kepentingan gaya penampilan
Beberapa intipati kepentingan yang dapat diperkatakan tentang kepentingan gaya penampilan ketika bersenam, seperti ;
§ Memberikan keyakinan kepada seseorang individu untuk berhadapan dengan khalayak.
§ Mencapai kepuasan diri dari segi luaran dan dalaman.
Bergaya sewaktu bersenam
Gaya penampilan yang menarik sememangya menjadi idaman bagi setiap individu tidak mengira faktor umur ataupun status seseorang. Beberapa faktor yang boleh dirungkaikan, seperti ;
§ Mendapat perhatian umum kerana mempunyai personaliti yang menarik.
§ Menjadi semangat kepada seseorang untuk lebih giat bersenam kerana mampu memberikan kebaikan iaitu penampilan yang lebih menarik kerana mempunyai tahap kesihatan yang stabil.
Gaya penampilan ketika bersenam
Penampilan gaya rambut merupakan suatu yang dititikberatkan oleh setiap individu tidak mengira jantina sama ada lelaki mahupun wanita. Jika waktu dahulu, rambut dikatakan seperti mahkota kepada kaum wanita, namun pada zaman ini rambut juga merupakan suatu aset kepada golongan lelaki terutamanya golongan metroseksual. Penjagaan rambut diutamakan dan sentiasa mengikut trend terkini contohnya gaya rambut remaja seperti ‘spiky’, ‘mohawk’, ‘emo’ dan sebagainya. Rambut mampu mempengaruhi personaliti seseorang itu iaitu ia dapat menggambarkan peribadi individu tersebut.
Gaya berpakaian ketika bersenam
Pakaian merupakan salah satu tip bagi memotivasikan diri untuk lebih gigih bersenam. Pemakaian pakaian yang sesuai dengan penampilan akan menarik perhatian umum akan kehadiran individu yang bergaya sewaktu bersenam. Kita memerlukan pakaian yang bersesuaian untuk melakukan senaman sebagai contoh kasut, seluar trek, dan baju-T. Pelbagai jenis jenama pakaian untuk bersenam yang ada di pasaran yang menjadi pilihan khalayak seperti jenama Adidas, Puma, Nike dan sebagainya. Daripada pemerhatian, rata-rata individu yang gemar bersenam memakai pakaian sukan yang agak mahal demi minat mereka.
Penjagaan diri
Selain daripada memberikan kepuasan kepada individu kerana mempunyai penampilan yang menarik, ia mengajar seseorang untuk lebih memberI tumpuan terhadap penjagaan diri dari segi kebersihan dan kesihatan.
Kebersihan yang dijaga mampu memberikan kesan langsung terhadap kehidupan seharian individu, iaitu ;
§ Penjagaan kebersihan diri memberikan kualiti kehidupan yang baik seperti menjaga kebersihan kuku dan rambut yang menjadi perhatian umum.
§ Kebersihan persekitaran kehidupan mampu mempengaruhi tahap kesihatan individu, tahap kebersihan yang baik dapat memberikan kualiti kehidupan yang terbaik.
Kesihatan menjadi keutamaan
Walaupun gaya penampilan menjadi pilihan utama dalam kehidupan walaupun ketika bersenam, namun kita perlu memikirkan bahawa kesihatan juga perlu dititikberatkan kerana kualiti dan tahap kecergasan seseorang dalam menjalani kehidupan bergantung kepada tahap kesihatan. Dalam kita bergaya sewaktu bersenam, kita perlu memastikan bahawa setiap gaya tersebut masih sesuai dengan budaya ketimuran yang sentiasa dipegang oleh rakyat di negara ini.