Trend Tudung Masa Kini
oleh Nor Salsabil KK Mohammad
Tudung merupakan sesuatu yang digunakan untuk menutup kepala dan aurat seorang wanita muslimah. Menutup kepala merupakan sesuatu yang wajib bagi seorang wanita islam kerana ia dituntut oleh agama. Wanita islam sememangnya kelihatan lebih manis jika bertudung. Di Malaysia, fesyen bertudung telah mengalami transformasi berikutan arus pemodenan yang melanda negara. Kini, sesiapapun boleh mengikuti fesyen yang terbaru dan boleh kelihatan menarik walaupun anda seorang yang bertudung.
Pada masa kini, pelbagai jenis tudung boleh didapati dalam pasaran. Ada tudung bawal, tudung segi tiga, selendang, tudung sarung, tudung labuh dan sebagainya. Tudung-tudung ini sangat mudah diperolehi kerana mendapat sambutan yang menggalakan di kalangan penggunanya. Harganya pula sangat berpatutan dan semua lapisan masyarakat mampu membelinya.
Tudung-tudung dan selendang yang dijual dalam pasaran kini mempunyai pelbagai jenis corak, warna, pelbagai rekaan, mempunyai hiasan tambahan seperti sulaman, manik, labuci dan sebagainya. Pilihan yang tidak terhad membolehkan pemakai tudung kelihatan lebih menarik dan dapat mengikut fesyen yang terkini.
Remaja merupakan salah seorang individu yang sentiasa peka tentang fesyen tudung yang terkini dan mereka akan mengikut fesyen tersebut sekiranya menepati cita rasa mereka. Remaja pada masa kini lebih mengemari ciptaan tudung yang terbaru seperti selendang, tudung bawal, tudung segi tiga dan sebaginya. Mereka akan mengayakan tudung tersebut dengan sebaik mungkin supaya mereka kelihatan anggun dan menarik. Mereka juga menggemari ciptaan tudung yang terkini kerana tidak mahu ketinggalan dalam dunia fesyen.
Seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Rabiatul Adawiyyah memberi pendapatnya mengenai tudung fesyen yang terkini. Menutut beliau, fesyen tudung yang terkini sangat bersesuaian dengan penampilan sorang wanita muslimah dan mendapat sambutan yang menggalakan dalam kalangan remaja kerana boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian diri, kesesuaian majlis dan sebagainya. Oleh itu, fesyen tudung yang terkini sangat digemari oleh remaja pada masa kini.
Di samping itu juga, trend bertudung di kalangan artis sangat mempengaruhi masyarakat pada masa kini khususnya remaja. Remaja sering menjadikan artis sebagai idola mereka dan akan mengikuti fesyen artis tersebut. Antara artis yang sering dijadikan idola para ramaja dalam fesyen bertudung ialah penyanyi dan duta produk terkenal iaitu Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna dan pereka fesyen yang terkenal iaitu Hana Tajima. Mereka berdua merupakan seorang yang sangat popular dalam fesyen bertudung dan berselendang dan sering menjadi ikutan para remaja dalam mengayakan tudung mereka.
Sebagai seorang wanita muslimah, tidaklah salah jika ingin bergaya. Fesyen bertudung dan menutup aurat adalah perkara yang berjalan seiringan. Tidak ada masalah sekiranya seorang wanita muslimah berfesyen dalam bertudung di samping dalam masa yang sama mereka masih mengikut tuntutan yang ditetapkan dalam agama islam. Di samping itu juga, wanita muslimah yang sangat peka terhadap fesyen terkini haruslah menjaga tatasusila sebagai seorang wanita islam walaupun mereka sangat menggemari dan mengikuti fesyen bertudung yang terkini.