Mentaliti Remaja Terhadap Senaman
Oleh Ng Mei Qing
Dengan proses urbanisasi, perkembangan teknologi yang pesat dan gaya hidup semakin kurang aktif, aktiviti fizikal atau senaman di luar menjadi semakin berkurangan dalam kehidupan remaja. Kehidupan yang moden serta kemudahan yang ada menjadikan remaja menjadi tidak aktif, contohnya amalan menonton televisyen, video dan bermain permainan komputer. Kehidupan yang tidak aktif boleh menyumbang kepada terjadinya kegemukan dan risiko mendapat penyakit. Dengan perkembangan ICT atau siber, ramai di antara remaja banyak menghabiskan masa di hadapan komputer untuk melayari Facebook. Kajian yang dijalankan oleh pakar mendapati bahawa amalan duduk mengadap komputer secara berterusan sepanjang hari akan memberi impak yang tidak baik kepada kesihatan diri.
|
Remaja suka mengelakkan diri daripada bersenam, terutamanya remaja perempuan. Mereka memperlihatkannya sebagai satu tugas yang amat sukar kerana ia membuat mereka hilang tenaga dan sakit otot. Ada yang menjadikannya sebagai satu alasan yang tidak masuk akal seperti “kurang fit”, ridak mampu berlari, semput, tiada masa, dan berbagai-bagai lagi sebagai halangan untuk bersenam. Namun, terdapat juga ramai remaja sememangnya sibuk dengan aktiviti wajib mereka seperti menghadiri sesi persekolahan, kelas tambahan dan pelbagai lagi aktiviti yang diwajibkan ke atas mereka untuk dilaksanakan.
Zaman remaja adalah satu fasa yang penting dalam kehidupan. Dalam tempoh ini, pembentukan tulang sedang berlangsung dan jika remaja itu kekurangan zat atau tidak makan secukupnya, ia boleh menjejaskan tumbesaran fizikal dan mental. Ada bukti menunjukkan kekurangan senaman menambahkan risiko serangan jantung. Orang yang tidak selalu bersenam perlu sedar bahawa mereka menghadapi risiko serangan jantung jika melakukan kegiatan fizikal termasuk hubungan seks atau berjoging kerana ia membabitkan pergerakan mendadak secara sederhana atau kuat. 14 data kajian telah dibangunkan bagi mencari kaitan antara senaman, seks, dan risiko serangan jantung atau kematian secara tiba-tiba apabila jantung berhenti menyalurkan darah. Kajian mendapati kemungkinan serangan jantung atau kematian tiba-tiba meningkat 3.3 kali ganda apabila seseorang itu aktif dengan tiba-tiba berbanding yang tidak berbuat apa-apa. Kekuatan utama fizikal manusia terletak pada jantungnya, dan bukan terletak kepada sejauh mana besarnya otot badan. Jantung yang sihat merupakan jantung yang boleh bekerja dengan efisyen tanpa sebarang gangguan. Daripada jantung jugalah darah dapat mengalir ke seluruh badan, supaya otot dan organ dapat menjalankan fungsi yang sepatutnya.
Bersenam bukan bermaksud melakukannya untuk menguruskan badan, atau apabila badan meningkat baru hendak bersenam. Tujuan bersenam adalah lebih kepada peningkatan tahap kesihatan dan kekuatan fizikal. Senaman yang baik haruslah merangkumi 5 pecahan berikut, iaitu kardiovaskular (stamina, dan jantung), daya tahan otot (stamina), kekuatan otot, komposisi badan, dan kelenturan. Namun disebabkan senaman menggunakan lebih banyak kalori berbanding aktiviti-aktiviti lain, disamping sesetengah daripadanya mampu meningkatkan kadar metabolisma jika dilakukan dengan betul, maka dengan itu ia merupakan “alat” yang berkesan dalam menurunkan berat badan. Konsep seperti ini harus difahami semua. Bersenam untuk kesihatan dahulu, kemudian barulah kepada kesan sampingannya, iaitu penurunan berat badan.
Senaman ringkas seperti berjalan dapat membantu remaja berfikir dan menumpukan perhatian dengan lebih baik, yang mana hasilnya dapat dilihat daripada prestasi mereka ketika di sekolah. Sebarang jenis aktiviti fizikal boleh membuatkan remaja rasa kurang bosan atau murung dan dapat mengawal ketegangan dengan lebih baik. Bersenam dan aktiviti fizikal membantu pencegahan osteoporosis dan penyakit kronik seperti diabetes, penyakit kardiovaskular, sindrom metabolik dan kanser-kanser tertentu. Secara keseluruhannya, bersenam memberi manfaat besar dari segi fizikal, psikologi, sosial dan kesihatan kepada semua orang. Justeru, melakukan aktiviti fizikal secara kerap sangat penting untuk gaya hidup sihat.
Regimen senaman yang berkesan tidak semestinya mengandungi senaman lasak. Mana-mana senaman kardiovaskular, yang boleh meningkatan kadar degupan jantung sekurang-kurangnya setengah jam, dapat menyihatkan badan. Remaja hanya perlu bermula secara perlahan seperti berjalan kaki dan tingkatkan kelajuan sehari demi sehari, adalah satu kaedah senaman yang cemerlang. Jika masa anda terhad, atau tinggal di lokasi di mana cuaca boleh menghalang jadual senaman, remaja mungkin boleh membeli “treadmill” supaya boleh bersenam setiap hari tanpa gangguan. Pilih berjalan ke kedai, surau atau tempat sembahyang yang berdekatan, daripada menaiki kereta atau bus dan lakukan kerja-kerja rumah, seperti menyapu dan mengelap lantai juga merupakan aktiviti fizikal yang dapat menyihatkan tubuh.
“Jika anda tidak pasti bagaimana untuk menjadi aktif, mula dengan perlahan. Meningkatkan tahap aktiviti secara beransur-ansur penting supaya anda tidak terdedah kepada risiko kecederaan pada otot, ligamen dan sendi ataupun serangan jantung, apabila anda menjadi lebih aktif daripada biasa secara tiba-tiba”, nasihat Dr. Mahenderan Appukutty, Ahli Majlis Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM).
“Jika anda atau ahli keluarga mengalami masalah kesihatan kronik seperti artritis, diabetes, penyakit jantung, asma, atau gout, dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui sama ada keadaan anda akan mengehadkan keupayaan anda untuk aktif. Kemudian, bincang dengan doktor atau pelatih fizikal yang diiktiraf tentang rancangan aktiviti fizikal yang sesuai. Apa yang penting jangan menjadi tidak aktif langsung. Melakukan senaman aerobik berintensiti sederhana baik untuk kesihatan, walaupun hanya 30 minit seminggu”, tambah Dr Tee E Siong, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM).