Teknik Senaman Yang Baik oleh Sow Cyn Sion
Bersenam. Adakah anda selalu bersenam? Kita semua tahu yang bersenam adalah baik untuk kesihatan tubuh badan kita. Bersenam dapat menguatkan badan dan melancarkan perjalanan darah dalam badan.
Tetapi adakah setiap orang yang bersenam mengetahui tentang teknik senaman yang baik. Bersenam sebenarnya memerlukan kita mengetahui teknik-teknik yang betul untuk melakukannya. Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah meregang otot. Teknik ini penting bagi memastikan otot kita tidak terbeban apabila senaman berat dilakukan. Kalau kita perhatikan terdapat banyak kes di mana kecederaan berlaku semasa bersenam atau bersukan. Antara sebabnya adalah kerana tidak melakukan peregangan otot terlebih dahulu dan tidak melakukan teknik senaman yang betul.
Mengikut statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang berlebihan dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2009. Berikut merupakan beberapa tips cara yang boleh digunakan untuk melakukan senaman seterusnya mengelakkan kecederaan fizikal dan mental seseorang yang melakukan senaman serta mengekalkan tabiat senaman yang betul.
Mulakan senaman dengan pemanasan badan (strecthing)- Pasti ramai yang tidak mengetahui pentingnya untuk anda memanaskan badan sebelum melakukan senaman. Otot-otot anda perlu diregangkan terlebih dahulu sebelum ianya ditugaskan untuk melakukan sesuatu yang lebih berat. Hal ini adalah untuk mencegah daripada kerosakan rangkaian otot dan membantu proses pengaliran darah yang baik ke seluruh bahagian tubuh. Sekiranya darah tidak dapat dialirkan dengan baik, berkemungkinan anda akan pengsan, sesak nafas atau sebagainya. 5 minit sudah memadai untuk anda memanaskan badan.
Lakukan senaman dengan cara bersukan- Bersukan adalah cara yang paling menyeronokkan untuk anda melakukan senaman kerana ia dapat mengelakkan anda daripada berasa bosan keseorangan. Dengan bersukan, anda boleh menghabiskan masa bersama rakan-rakan. Sebagai contoh, bersukan seperti bermain bola sepak adalah waktu terbaik untuk anda mengeratkan silaturrahim disamping dapat membantu untuk menyihatkan tubuh badan.
Berasa seronok terhadap apa yang anda lakukan- Konsep senaman adalah untuk menggerakkan otot-otot tubuh anda daripada tidak melakukan apa-apa. Tidak semestinya anda perlu menghabiskan masa berjam-jam di gym untuk melakukan senaman. Ianya adalah terpulang kepada keselesaan dan masa yang bersesuaian dengan anda. Sekiranya anda lebih selesa untuk berjalan-jalan di kawasan taman dan merasakan ianya dapat membuatkan anda gembira, teruskan usaha tersebut.
Jadualkan senaman anda- Untuk melihat hasil daripada senaman yang anda telah dilakukan, ia perlu mengambil masa. Selain daripada itu, konsentrasi amatlah penting untuk mendapatkan hasil yang anda idamkan. Sekiranya anda hanya bersenam apabila anda merasakan ingin bersenam, ianya pasti tidak akan berhasil kerana untuk melihat hasil daripada senaman memerlukan usaha yang konsisten dan berterusan. Walaupun anda telah mendapat objektif sebenar anda melakukan senaman, ianya perlu diteruskan untuk memelihara berat, susuk tubuh, tenaga dan sebagainya.
Kepelbagaian- Adalah normal kepada seseorang untuk berasa bosan sekiranya melakukan sesuatu berulang kali. Anda tidak perlu takut untuk mempelbagaikan jenis senaman yang anda rasakan seronok untuk melakukannya. Mungkin sebelum ini anda bersenam dengan berjalan dan apabila sudah berasa bosan, mungkin anda boleh mempelbagaikannya dengan mengayuh basikal atau sebagainya.
Bersukan dapat memberikan anda lebihan tenaga- Tidak dinafikan sekiranya anda baru sahaja bermula untuk melakukan senaman, pasti tubuh anda akan berasa lebih penat berbanding sebelumnya. Hal ini kerana perubahan terhadap rutin yang biasa dilakukan oleh otot. Tetapi, sekiranya ianya dilakukan secara berterusan, pasti anda dapat melihat hasilnya bahawa ia akan memberikan lebihan tenaga kepada anda. Anda akan lebih semangat untuk melakukan aktiviti harian anda yang lain dan ianya tidak akan memenatkan anda.