RADIO MIDAS
Oleh Nurain Daud
UKM : Program Radio Midas telah ditubuhkan oleh Pusat Pengajian Media dan Komunikasi yang dikelolakan oleh pelajar-pelajar daripada program Komunikasi Media. Menurut Nurul Husna binti Sabri, salah seorang pelajar yang terlibat dalam mengelolakan rancangan radio Midas serta salah seorang deejay yang terlibat dalam program ini berkata matlamat utama Radio Midas ditubuhkan adalah untuk mewujudkan jaringan yang lebih baik sesama mahasiswa dan mahasiswi Komunikasi Media dan memperkukuhkan lagi pengetahuan mahasiswa dan mahasiswi dalam pengurusan media elektronik iaitu radio.
Menurut Nurul Husna, penyiaran Radio Midas bermula dari pukul sembilan pagi sehingga lima petang iaitu setiap hari Rabu sahaja. Rancangan Radio Midas ini disiarkan melalui laman web http://www.ukm.my/midas yang akan dibawa secara langsung ke udara melalui internet explorer sahaja. Selain itu, para pelajar UKM juga boleh mengetahui perkembangan dan aktiviti-aktiviti Radio Midas melalui twitter, @RadioMidas serta facebook di https://www.facebook.com/pages/Radio-Midas-UKM/183324131690812 . |
Pelbagai program-program yang menarik telah disediakan oleh Radio Midas untuk semua golongan tidak kira samaada pensyarah ataupun pelajar seperti berita@Midas, selera@Midas serta faktaUKM@Midas. Secara keseluruhannya, seramai empat belas orang pelajar dari Program Komunikasi Media terlibat secara langsung sebagai deejay setiap slot rancangan, seorang penerbit, seorang penyelaras dan tiga orang teknikal. Setiap slot rancangan yang disiarkan tidak melibatkan semua deejay tetapi bergantung kepada slot rancangan seperti potpet-potpet@Midas dan ukmpunyahal@Midas, dua orang deejay, sarapanminda@Midas seorang deejay sahaja manakala kupasan@Midas melibatkan tiga orang deejay.
Menurut Husna juga, sambutan yang diterima daripada pelajar adalah kurang memberangsangkan walaupun pelbagai publisiti telah dijalankan untuk mempromosikan Radio Midas. Perkara ini berlaku kerana menurut Husna masalah kekangan yang dihadapi oleh pelajar seperti masalah jaringan internet yang lambat serta perlu menggunakan Internet Explorer sahaja untuk mendengar siaran ini menjadi masalah kepada para pelajar