Ko Kurikulum Dari Mata Mahasiswa
oleh Mohamad Zakwan Bin Che Zakaria
sesi temuramah bersama Saidatina Afifah Binti Menan
UKM : Sistem Ko-Kurikulum(Ko-K) yang baru menimbulkan pelbagai reaksi. Baik dari segi positif mahupun negatif daripada para pelajar. Tidak dinafikan bahawa setiap perkara mempunyai pro dan kontranya namun sejauh manakah kesan negatifnya dapat dikurang dan diperbaiki kearah yang lebih baik lagi.
Bagi Saidatina Afifah Binti Menan pelajar jurusan Ekonomi tahun 1. Beliau telah melibatkan diri dengan pelbagai jenis aktiviti ko-k antaranya seperti Aminudin Baki Dinners Night (Abadi), Persatuan Mahasiswa Johor(Permaj) dan juga Pusat Kebudayaan Universiti. Menurut Afifah beliau menghadapi masalah dengan sikap segelintir pihak yang tidak menepati masa dan kebiasaannya lewat setengah jam.
Beliau juga tidak mempunyai masa untuk dirinya sendiri. Jadualnnya terlalu padat . perjumpaan yang bagi aktiviti ko-k telah mengambil masa yang banyak. Dalam seminggu sahaja 2 hingga 3 kali perjumpaan yang perlu dihadiri oleh beliau .Apabila ditanya sama ada ko kurikulum menjejaskan akademiknya, beliau menjawab bahawa “saya hanya kekurangan masa untuk membuat tugasan namun begitu saya anggap bahawa sistem ko-k ini telah melatih diri saya untuk mendisiplinkan diri sendiri, contohnya kalau ada kerja atau tugasan , saya akan cepat-cepat siapkan”.tambah beliau lagi , beliau mampu mengaturkan masa dengan bijak.
Berbeza keadaannya dengan Din (bukan nama sebenar). Beliau berpendapat bahawa sistem ko-k yang terbaru ini seolah-olah sedang memaksa para pelajar untuk mengambil bahagia dalam mana-mana aktiviti. Pelajar tidak mempunyai pilihan. Luah beliau lagi , sistem ko-k ini benar-benar memberi impak terhadap pencapaian akademiknya. Jika sebelum ini markah Gred purata semester(GPA) beliau ialah 3.50 namun setelah sistem ko-k yang baru ini dilaksanakan markah GPA beliau menurun kepada 3.39. “saya terlalu stress memikirkan aktiviti apa yang patut saya masuk untuk mendapatkan markah ko-k dan sehinggakan pointer saya jatuh”, luah beliau dengan kesal .
Beliau berkata lagi , walaupun ada yang berkata kita harus bijak mengatur masa , tetapi masa untuk tugasan dan kelas telah digunakan untuk ko-k. Beliau berharap agar sistem ko-k itu sendiri dimasukan menjadi subjek didalam pelajaran agar pelajar tidak mengalami masalah lagi. tambah beliau lagi,dengan cara itu ko-k dapat dilaksanakan secara dua dalam satu.