MAHASISWA KERJA SAMBIL BELAJAR DAN PRO-KONTRANYA
Oleh Mohammad Zakwan Che Zakaria
UKM : Walaupun pinjaman PTPTN atau biasiswa telah diberikan namun begitu dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi sememangnya masih tidak mencukupi. Oleh sebab itu, mereka mula mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah kewangan yang dialami oleh mereka.
Menurut kamus dewan edisi keempat, perkataan “Kerja Sambilan” membawa maksud kerja yang dibuat disamping kerja biasa atau kerja tetap yang lain. Bagi seorang pelajar, tugas utama mereka ialah belajar dan menumpukan perhatian mereka terhadap aspek akademik, manakala bekerja sambilan pada waktu lapang bertujuan untuk menambah duit saku ataupun mencari pengalaman kerja.
Jika dilihat dari sudut positif, bekerja sambilan dapat melatih mahasiswa untuk berdikari. Keinginan untuk bekerja itu datang daripada diri masing-masing.Bagi sesetengah pelajar mereka tidak mahu membebankan ibu bapa mereka dengan masalah yang dialami oleh mereka. Justeru itu mereka mengambil inisiatif sendiri dengan bekerja sambilan bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa mereka.
Selain itu juga, bekerja sambilan dapat menambahkan pendapatan atau memberi incomekepada para pelajar. Dengan adanya pendapatan daripada kerja sambilan ini, sedikit sebanyak mereka dapat membeli segala peralatan yang diperlukan sama ada barangan keperluan ataupun untuk memenuhi kehendak diri mereka sendiri.
Bekerja sambilan bagi golongan yang memegang status pelajar sememangnya merupakan satu cabaran yang besar. Baik dari segi masa mahupun tenaga. Kekangan masa bagi seorang pelajar sememangnya merupakan sesuatu yang mencabar. Mereka perlu menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah serta mengulangkaji nota-nota kuliah yang diberikan sebagai persediaan untuk menghadapi ujian akhir semester dan dalam masa yang sama mereka perlu bekerja sambilan bagi menampung kos sara hidup mereka.
Tambahan pula, kerja sambil belajar juga amat memenatkan. Kehidupan yang jauh daripada keluarga memerlukan mereka melakukan semuanya secara sendirian. Bermula daripada kelengkapan diri , makan, minum dan semuanya perlu dilakukan secara berdikari.
Walaubagaimanapun, setiap perkara yang kita lakukan sememangnya mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri dan memerlukan kebijaksanaan kita dalam mencari jalan penyelesaiannya.