SHOPPING MALL vs. UPTOWN MANA SATU MENJADI PILIHAN
Oleh Zaidatul Ameera Zakaria
Hujung minggu memang hari yang dinantikan oleh semua individu untuk bersantai dan lari daripada kesibukkan kerja yang memang membebankan. Bagi sesetengah individu hujung minggu digunakan untuk membeli-belah bersama-sama kawan dan keluarga. Namun pemilihan tempat untuk membeli-belah perlu ditentukan terlebih dahulu.
Shopping mall dan uptown sering menjadi pilihan masyarakat untuk membeli belah. Kedua-dua tempat ini mempunyai tarikan masing-masing yang mampu memikat pengunjung untuk mendapatkan barangan pilihan masing-masing.
Shoppingg mall atau pusat membeli belah memang sinonim dengan masyarakat lebih-lebih lagi masyarakat luar Bandar. Tempat ini bukan sahaja menjadi tempat untuk membeli barangan tetapi juga dijadikan tempat kepada golongan muda untuk melepak dan mendapatkan hiburan. Bagi golongan yang kaya shopping mall menjadi pilihan mereka kerana tempat ini menyediakan barangan yang mahal dan berjenama untuk dijual.
Uptown merupakan perniagaan bazar larut malam yang terdapat di seluruh negeri di Negara ini lebih-lebih di Bandar-bandar besar. Kelebihan tempat ini ialah turut menjual pelbagai barangan termasuk barangan elektronik, Pakaian, barangan perkakas dapur dan pelbagai lagi. uptown juga sering menjadi tumpuan pelancong untuk mendapatkan barangan yang murah dan berpatutan.
Bagi pelajar tempat yang sering menjadi tumpuan mereka apabila tiba hujung minggu ialah shopping mall. Menurut nik khadijah zaharah yang merupakan pelajar dari UKM, beliau berpendapat shopping mall merupakan tempat yang sesuai untuk pelajar bersantai bersama rakan mereka.
Menurut pelajar ini juga shopping mall mempunyai pelbagai tarikan yang mampu memberi keseronokkan kepada pelajar. Di samping mempunyai pelbagai barangan yang dijual, tempat ini juga turut menyajikan hiburan kepada pelajar untuk berhibur bagi menghilangkan tekanan belajar. Sebagai contoh panggung wayang, pusat karaoke, bowling dan pelbagai lagi.
Uptown juga merupakan tempat yang dikunjungi oleh pelajar, namun kekerapan mengunjungi tempat ini berbeza dengan shopping mall. Bagi pelajar mereka hanya mengunjungi uptown apabila ada masa terluang dan apabila mempunyai kenderaan sahaja. Faktor masa dan tempat menjadi kekangan kepada pelajar untuk mengunjungi tempat ini.
Masa perniagaan yang dibuka hanya pada waktu malam sahaja menjadi penghalang kepada pelajar untuk mengunjungi tempat ini. Walaupun barangan yang ditawarkan berpatutan dan murah berbanding shopping mall, namun bagi pelajar mereka lebih gemar menghabiskan masa di shopping mall.
Uptown berbeza dengan shopping mall, disini hanya ditawarkan barangan seperti pakaian, makanan dan pelbagai lagi. Tambahan lagi barangan yang ditawarkan disini juga terhad dan tidak mempunyai kemudahan lain seperti yang terdapat di shopping mall.
Oleh itu pemilihan tempat bagi pelajar dan masyarakat untuk membeli belah bergantung kepada individu itu masing-masing. Hal ini demikian kerana kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa yang penting ialah kepuasan yang akan diperolehi oleh individu tersebut daripada pembelian dan tempat yang dikunjungi.