RUMAH BARU TUNAS PERMATA UKM
Oleh Mohamad Hezwan Bahari
BANGI : Pada 9 april 2012, seramai 107 orang pelajar dan 20 orang kakitangan Pusat Tunas Permata (PTP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapat bangunan baru berdekatan dengan Pusat Pengajian Umum UKM bagi menggantikan bangunan lama berhampiran Wisma Aman UKM yang telah uzur.
Menurut pengetua PTP ini, Puan Haslina binti Mohd Haris menyatakan bahawa modul pembelajaran yang digunakan kekal seperti sebelumnya iaitu hasil cetusan idea isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Permata Anak Negara bagi kanak-kanak yang berumur dua bulan hingga tiga tahun. Tambahan lagi, modul pembelajaran bagi kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun disediakan oleh Fakulti Pendidikan UKM sepenuhnya.
Menurut beliau lagi, bangunan baru Pusat Permata Pintar ini akan dirasmikan pada bulan Jun ini oleh Naib Cancelor UKM sendiri. Bangunan baru ini dilengkapi dengan prasarana yang lebih lengkap berbanding sebelumnya iaitu terdapatnya perpustakaan, kemudahan klinik, makmal komputer, bilik mesyuarat dan prasarana yang disediakan memenuhi ciri-ciri kemudahan bagi golongan kurang upaya.