OPS KUNCI
Oleh Farhana Kamaruddin
UKM : Ops Kunci telah dilancarkan pada 5 April 2012 oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), Ahmad Muzammil Bin Mohd Hairi di Bangunan Pusanika, UKM. Ia diwujudkan berdasarkan masalah-masalah yang timbul berkaitan kes kecurian motor yang kian meningkat di kalangan mahasiswa.
Menurut Ahmad Shukran bin Shaharudin selaku Setiausaha Kerja PMUKM, peningkatan kes kecurian kini amat membimbangkan di kalangan mahasiswa serta pihak pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kampus Bangi. Situasi ini telah mendapat perhatian dari pihak PMUKM melalui aduan-aduan yang diterima serta yang telah dibuat oleh mahasiswa samaada di kolej kediaman, universiti mahupun balai polis yang berhampiran.
Tambah beliau, Ops Kunci telah menggunakan simbolik perkataan ‘kunci’ bagi mewakili isu keselamatan seperti kes kecurian motor, barangan peribadi dan lain-lain. Ia adalah untuk memberi peringatan kepada mahasiswa supaya sentiasa mengunci dan menjaga harta benda mereka di mana dan bila-bila masa sahaja. Ops Sikap ini adalah satu kerjasama pihak PMUKM bersama Wisma Aman iaitu pihak keselamatan dalam UKM.
Ahmad Shukran dipetik berkata, matlamat Ops Sikap adalah untuk meminimumkan sebaik mungkin kes-kes kecurian dan meningkatkan aspek-aspek keselamatan yang lain. Pihak PMUKM ingin mencapai tahap keselamatan yang memuaskan agar ketenangan dan keamanan mahasiswa UKM dapat dikembalikan. Ops Sikap ini merupakan satu kempen yang akan sentiasa dibangkitkan supaya mahasiswa serta kakitangan UKM prihatin dan peka mengenai soal keselamatan.
Ops Sikap ini dijalankan sehingga penghujung bulan Mei 2012. Dalam tempoh tersebut mereka mengumpulkan data melalui soal selidik supaya dapat berunding dengan pihak pentadbiran UKM bagi mencapai kata sepakat dalam membendung masalah ini. Melalui rundingan tersebut pihak PMUKM berharap aspek-aspek keselamatan dapat dipertingkatkan dan kes-kes kecurian dapat dibendung.
“Beberapa langkah dalam menangani isu ini telah disusun manakala borang soal selidik diedarkan bagi memperolehi kata sepakat dan data yang dikumpulkan adalah satu persediaan untuk duduk berbincang dengan pihak pentadbiran serta Naib Canselor UKM,” kata Ahmad Shukran lagi.
Pihak PMUKM telah menjalankan satu kajian menggunakan medium soal selidik yang diedarkan kepada mahasiswa-mahasiswa UKM serta melalui laman sosial Facebook (www.facebook.com/pmukm) mereka. Sebanyak seribu boring soal selidik telah diedarkan di setiap fakulti dan dikumpulkan untuk dijadikan satu data sebagai bukti peningkatan kes kecurian serta tahap keprihatinan mahasiswa itu sendiri. Jumlah soal selidik yang diterima semula setakat ini adalah sebanyak tiga ratus boring soal selidik. Soal selidik yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengumpul suara-suara dan pandangan dari mahasiswa UKM berkaitan isu kecurian.