Berita Terkini Dan Mantap Dengan Isu Kesihatan
Salam satu Malaysia dan selamat berkunjung ke Mention Online edisi pertama untuk tahun 2012. Apa khabar semua pengunjung Mention Online? Kami harap kamu sentiasa ceria dalam menghadapi kehidupan seharian. Pada minggu-minggu pertengahan ini pasti kamu semua sedang sibuk untuk menyiapakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, kepada mereka yang bekerja pula segala kerja seperti fail-fail perlu dihantar kepada bos. Walaupun dengan kesibukan kerja yang kamu lakukan, jangan pula lupa menjaga kesihatan supaya prestasi kerja atau tugasan tidak akan terjejas.
Bercerita mengenai penjagaan kesihatan, Media Online edisi pertama akan membawakan isu istimewa mengenai kesihatan. Kamu juga akan disajikan dengan berita-berita menarik yang berlaku di sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Berita seperti rawatan pergigian oleh Pusat Perubatan UKM, Ekspo kerjaya yang akan berlangsung pada bulan April ini, berita mengenai keseimbangan kokurikulum dan akademik serta banyak lagi, kami juga akan mengupas isu stress dan migraine. Bagi kamu yang sedang tercari-cari makanan yang menguatkan minda, kami ada jawapannya. Bertepatan dengan isu pada edisi kali ini iaitu mengenai kesihatan, kami juga menyediakan cara senaman mudah untuk diikuti oleh . Pening kepala memikirkan fesyen apa yang harus digayakan ketika bersenam? Kami ada idea fesyen yang bersesuaian untuk kamu dalam rencana ‘ayuh bergaya sambil bersenam!’.
Tubuh yang kita miliki kini adalah anugerah yang tidak ternilai diberikan oleh Tuhan. Kadangkala kita tidak menyedari bahawa kita mempunyai penyakit yang membahayakan seperti migraine dan stress. Jangan terlalu ambil mudah kerana kamu masih muda dan kamu merasakan bahawa penyakit tidak akan menyerang kerana kita harus ingat bahawa penyakit tidak mengenal umur mangsanya.
Diharap dengan paparan berita dan rencana untuk Mention Online edisi pertama ini akan menambahkan ilmu serta membantu kamu mengetahui mengenai berita-berita semasa yang terjadi di sekitar UKM. Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Emma kerana memberi nasihat dan sokongan dalam penghasilan Mention Online edisi pertama ini, tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada ahli kumpulan saya 2DP yang bersungguh-sungguh menghasilkan yang terbaik untuk edisi pertama ini juga kepada semua para pelajar Komunikasi dan Pengurusan Maklumat kursus Pengurusan dan Penerbitan Media Online, kerana berjaya menghasilkan Media Online 2012. Sekalung penghargaan juga diberikan kepada pengiklan-pengiklan yang sudi mengiklankan produk mereka di dalam edisi kami. Selamat membaca Mention Online Edisi pertama ini. Terima kasih semua.
“Jaga kesihatan untuk hidup lebih bahagia”
Aliyah Fatin binti Abdul Aziz
Ketua Pengarang
Mention Online Edisi Pertama.