PEMOTONGAN WANG PINJAMAN PTPTN SEMESTER 2 SESI 2011/2012 DI UKM
Oleh To Oi Lli
UKM : Isu pemotongan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berlebihan selepas ditolak yuran penginapan dan pengajian menjadi tanda tanya mahasiswa/i UKM pada awal bulan Mac selepas PTPTN memasukkan wang pinjaman semester kedua sesi 2011/2012 ke dalam akaun para pelajar.
Wang pinjaman daripada PTPTN semakin berkurangan dan para pelajar tidak mengetahui punca pemotongan wang berlebihan ini sehingga menimbulkan masalah kerisauan dan kecurigaan para pelajar. Hal ini mendapat perhatian seluruh warga UKM dan pelbagai cara telah diambil agar hak pelajar dibela dan masalah ini dapat diselesaikan. Menurut Mohamad Azlan Ismail daripada Majlis Perwakilan Pelajar Aspirasi melalui sumber Media Kampus UKM, beliau telah pergi ke Jabatan Bendahari untuk bertemu dengan Penolong Pendaftar Kanan Bendahari Kanan iaitu Encik Misro bin Jerut.
Menurut beliau, pihak Bendahari telah membuka Kaunter di One Stop Center untuk menerangkan tentang masalah pemotongan PTPTN sebanyak RM 500 yang merupakan wang pendahuluan pembiayaan (WPP) iaitu WPP RM 1500 diberikan kepada pelajar yang bertujuan untuk membantu mereka yang pertama kali akan memasuki ke IPTA dan Politeknik. WPP akan dipotong semula melalui pinjaman PTPTN sebanyak RM500 pada semester ketiga, keempat dan semester keenam. Pelajar berpuas hati selepas mendapat maklumat dan penjelasan tentang isu pemotongan daripada jabatan bendahari.
Menurut Anis Nurshuhada binti Azman iaitu yang dipertua Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i (jaksa) Kolej Dato’Onn mengenai isu pemotongan wang PTPTN telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pelajar. Kebanyakan pelajar tidak mengetahui pihak PTPTN akan memotong wang pendahuluan sebanyak RM 500 dan mereka bertanya kepada pihak JAKSA untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pelajar-pelajar turut menghadapi masalah kewangan untuk menampung kos keperluan mereka.
“Ramai pelajar yang mengalami masalah kewangan datang mengadu bahawa tidak cukup wang untuk menampung perbelanjaan seperti pembelian peralatan pembelajaran dan barangan keperluan kerana selepas penolakan yuran pengajian dan yuran penginapan serta wang pendahuluan RM500, baki akaun mereka hanya tinggal sebanyak RM1000 sahaja,” menurut Anis Nurshuhada binti Azman. Saudari Anis telah berbincang dengan Jaksa Kolej yang lain untuk menjaga kebajikan pelajar iaitu pelajar yang menghadapi masalah kewangan sepatutnya dapat mendapat bantuan daripada jaksa atau Unit Kebajikan Ukm. Mereka akan cuba meringankan beban kewangan pelajar-pelajar yang miskin agar mereka tidak terlalu tertekan sehingga menghadapi masalah kewangan.
Tegasnya, pemotongan wang pendahuluan PTPTN sepatutnya diberitahu terlebih dahulu kepada pelajar agar mereka tidak menghadapi masalah kewangan dan dapat membuat perancangan penggunaan kewangan mereka supaya dapat menghadapi masalah apabila pihak PTPTN telah melakukan pemotongan WPP.