SENI MEMPERTAHANKAN DIRI SATU KEPERLUAN BAGI GOLONGAN WANITA
Oleh Siti Khatijah Rashid
Isu ragut, rogol, liwat dan bunuh memberikan kesan yang mendalam kepada semua masyarakat terutamanya golongan wanita. Setiap kali menatap berita tentang isu-isu jenayah di negara ini, kita pasti berasa takut untuk melangkah keluar daripada rumah. Disebabkan hal sedemikian, seni mempertahankan diri amatlah digalakkan buat semua lapisan masyarakat terutamanya golongan wanita. Seni mempertahankan diri ini biasanya sinonim dengan Silat, Taekwondo, Muay thai, Silambam, Wushu dan sebagainya dan ia menjadi perisai kepada setiap individu untuk melindungi diri daripada ancaman musuh.
|
Kebiasaannya golongan lelaki merupakan golongan majoriti yang mempelajari seni mempertahankan diri. Hanya segelintir sahaja golongan wanita yang mempelajari seni mempertahankan diri. Hal ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kekangan masa dan tidak mendapat kebenaran ibu bapa khususnya golongan remaja wanita. Pada pendapat saya, golongan wanita seharusnya mempelajari seni mempertahankan diri kerana ia merupakan satu asas persediaan bagi menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini ke atas diri mereka.
|
Seni mempertahankan diri juga dapat membantu mengurangkan kadar jenayah terhadap golongan wanita di negara ini. Adakah anda tahu bahawa golongan wanita merupakan mangsa jenayah yang paling ramai berbanding lelaki? Utusan Malaysia ada menyatakan bahawa statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa Januari hingga Julai lalu sebanyak 1,962 kes rogol telah dilaporkan. Adakah anda ingin menjadi mangsa yang seterusnya? Sudah tentu anda tidak ingin perkara sedemikian berlaku ke atas diri anda. Sekiranya anda mempunyai ilmu mempertahankan diri, perkara-perkara sebegini dapat dielakkan.
Berdasarkan pengalaman saya menyertai seni mempertahankan diri, pelbagai teknik mempertahankan diri diajar sebagai perisai untuk melindungi diri sendiri. Ia mampu meningkatkan daya ketahanan fizikal dan mental disamping meningkatkan keyakinan ketika berhadapan dengan situasi yang mencemaskan dan membahayakan keselamatan diri. Oleh itu, anda haruslah menyayangi diri anda dengan mempelajari teknik-teknik dan asas seni mempertahankan diri. Terdapat beberapa tips yang boleh digunakan bagi mempertahankan diri daripada ancaman bahaya.

- Belajar teknik-teknik mempertahankan diri- dapat melindungi diri daripada ancaman bahaya.
- Elakkan berjalan seorang diri di lorong yang gelap dan sunyi- Sekiranya ingin ke suatu lokasi yang sunyi dan terasing, anda disarankan agar membawa teman.
- Semburan lada- alat yang menyemburkan serbuk lada. Walaupun ia terkenal di Barat dan kurang diberi perhatian di negara ini namun ia boleh digunakan sebagai persediaan menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini.
- Elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat dan seksi