TIPS MELANCONG UNTUK PELAJAR
Oleh Nurain Mohd Salleh
Memilih untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan dalam kalangan pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) adalah aktiviti biasa yang akan dijalankan oleh golongan itu setiap kali cuti semester. Kebanyakan para pelajar akan mengambil peluang ini untuk merehatkan minda dan bercuti dari segala tugasan-tugasan kampus sama ada untuk bercuti di dalam ataupun di luar negara. Perancangan bercuti akan dibuat sebaiknya bagi mendapatkan keseronokan melancong yang maksimum.
Jika dulu, aktiviti melancong dilihat sebagai aktiviti mewah namun kenyataan itu barang kali tidak benar sama sekali ketika ini kerana sesiapa pun kini mampu untuk menjalankan aktiviti itu. Dengan adanya promosi beberapa agensi pelancongan dan tawaran harga tiket terendah, ini menggalakkan lagi keinginan individu untuk melancong. Pada masa kini, golongan pelajar IPT dilihat sering mengambil peluang untuk melancong bersama rakan-rakan. Kemungkinan faktor kesibukan keluarga dan cuti semester yang jatuh bukan pada cuti sekolah mendorong mereka lebih gemar melancong bersama rakan-rakan.
Beberapa tips melancong diperlukan oleh pelajar-pelajar untuk mengelakkan sebarang kesilapan berlaku semasa melancong lebih-lebih lagi yang melibatkan hal kewangan kerana apabila berada di tempat asing kemungkinan untuk mereka mendapatkan wang adalah rumit. Apabila berada di tempat orang, pelajar juga perlu lebih berhati-hati dari segi pertuturan dan adab kerana kita perlu menghormati budaya hidup masing-masing. Perbezaan adat dan budaya tidak kira di dalam mahupun di luar negara perlulah diambil kira agar kita dapat menjaga sensitiviti masing-masing dan membolehkan kita lebih memahami persekitaran baru semasa melancong.
Kepercayaan keluarga untuk melepaskan anak mereka adalah satu perkara yang susah untuk dilakukan lebih-lebih lagi untuk ke luar negara. Tetapi pada masa kini, ibu bapa lebih bersikap terbuka untuk membiarkan anak-anak mereka mencari pengalaman untuk melancong walaupun keluar negara. Sebagai pelajar, sudah tentu mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi, tetapi mereka boleh membuat perancangan awal seperti menyimpan wang untuk tempoh tertentu sebelum bercuti ke destinasi yang ditetapkan.
Apabila bergerak sendiri atau bersama rakan-rakan semuanya harus dilakukan sendiri atau erti kata lain berdikari. Ia banyak membantu seseorang itu dalam kehidupan seharian mereka. Semasa melancong, komunikasi haruslah tepat dan betul supaya pelajar mudah mendapatkan apa-apa keperluan yang mereka kehendaki apabila berhubung dengan orang-orang tempatan. Persediaan yang cukup perlulah ada untuk memudahkan dan melancarkan aktiviti sepanjang perlancongan lebih-lebih lagi apabila berada di luar negara.
Pakej-pakej yang ditawarkan oleh agensi pelancongan dan tiket tambang murah seperti yang ditawarkan oleh Air Asia menggalakkan lagi aktiviti melancong pelajar-pelajar oleh kerana mereka mampu untuk membeli tiket-tiket itu. Penggunaan wang yang minimum tidak menghalang pelajar-pelajar untuk melancong lebih jauh oleh kerana persediaan wang yang mencukupi dengan perancangan awal yang telah dibuat.