YES atau UKM JARING
oleh Nurain Daud
UKM : YES atau UKM Jaring, yang mana satu menjadi pilihan pelajar pada masa kini? Kedua-dua rangkaian jaringan internet ini mampu menghubungkan para pelajar dengan dunia IT. Apabila persoalan ini ditanya kepada pelajar UKM, mereka akan memilih salah satu daripada jaringan tersebut dan ada yang memilih kedua-duanya sekali. UKM Jaring adalah jaringan internet yang disediakan oleh pihak universiti, manakala YES pula merupakan jaringan internet yang memerlukan pengeluaran wang untuk menggunakannya. Adakah pelajar UKM akan memilih sesuatu yang percuma atau berbayar?
Menurut salah seorang daripada pelajar Fakulti Sains Teknologi, Nor Madihah Abd. Ghani, beliau lebih suka menggunakan UKM Jaring berbanding YES. Menurut beliau, walaupun UKM Jaring mempunyai masalah sedikit masalah seperti mengambil masa yang lama untuk memuat turun sesuatu kerja dan kadang-kala tidak mempunyai jaringan internet pada waktu-waktu tertentu, namun beliau tetap menggunakan UKM Jaring kerana tidak perlu membayar perkhidmatan tersebut.
Di samping itu juga, pelajar dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Aliyah Fatin Abdul Aziz pula memberi pandangan bahawa beliau menggunakan kedua-duanya iaitu YES dan UKM Jaring. Menurutnya, walaupun YES perlu dibeli dan perlu ditambah nilai untuk menggunakannya, namun perkara tersebut tidak memberi beban kepadanya kerana YES hanya perlu ditambah nilai ketika kehabisan wang di dalam akaun YES sahaja dan bukannya pada setiap bulan. YES lebih memudahkan kerja kerana masa untuk mengakses ke laman web lebih laju berbanding UKM Jaring. Namun begitu, beliau tetap menggunakan UKM Jaring pada waktu tertentu. Tambahan beliau lagi, walaupun UKM Jaring mempunyai masalah pada waktu tertentu namun ia tetap memberi manfaat kepadanya dalam membuat tugasan.
YES atau UKM Jaring mempunyai peranan yang tersendiri untuk memudahkan pelajar mengakses ke laman web dan membantu pelajar dalam tugasan mereka. Justeru itu, pelajar berhak memilih untuk menggunakan YES atau UKM Jaring berdasarkan keselesaan mereka.