Sarapan Sesuai Bagi Pelajar IPT
Bijirin
Otak dan sistem saraf berkait rapat dengan pembangunan minda seseorang. Hal ini kerana, kedua-duanya berfungsi untuk menjana tenaga bagi membolehkan seseorang menjalankan kegiatan harian. Kandungan glukosa yang rendah dalam darah boleh membawa kepada masalah fizikal dan fisiologi seseorang seperti penat, letih, lesu, mudah marah dan sebagainya. Masalah kesihatan ini perlu dielakkan oleh setiap orang terutamanya pelajar.
Seorang pelajar memerlukan nutrien yang cukup bagi membantu minda mereka untuk kekal segar dan bertenaga sepanjang hari. Cara pemakanan setiap pelajar itu membantu dan mempengaruhi tahap kesegaran minda setiap pelajar terutama sekali sarapan pagi kerana sarapan pagi merupakan hidangan yang wajib diambil oleh setiap pelajar. Hal ini adalah kerana, sarapan bagi memberi kesan yang besar terhadap kadar metabolisme badan manusia.
Mengambil sarapan pagi sebenarnya membantu untuk mengurangkan berat badan kerana ia mengelakkan seseorang itu daripada mengambil makanan ringan atau snek sebelum tiba waktu makan tengahari. Bagaimanapun, untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga yang mencukupi sebelum tiba waktu makan tengah hari, sarapan yang diambil perlulah sihat dan berkhasiat bagi membekalkan tenaga kepada mereka.
Umumnya, terdapat pelbagai jenis sarapan yang senang dimasak atau diperolehi di kedai-kedai makan, namun begitu, tahukah anda bahawa sarapan yang disediakan di rumah adalah lebih bagus, sihat serta mempunyai banyak vitamin yang membantu anda untuk segar sepanjang hari ? Antara sarapan yang sihat untuk diambil pada setiap pagi ialah salad, roti bakar, susu segar, bijirin yang dicampur dengan susu segar, tuna, atau jus buah-buahan.
Namun, kepada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang tinggal di asrama, tentu menjadi satu kesusahan sekiranya mereka ingin membuat tuna, salad dan sebagainya. Oleh yang demikian, cadangan sarapan yang sesuai untuk pelajar IPT yang tinggal di asrama ialah, bijirin yang dihidangkan bersama susu segar, susu segar, roti kaya, dan jus buah-buahan segar. Di dalam hidangan ini, terdapat pelbagai khasiat iaitu protein, zat besi, dan vitamin C dan D. Khasiat ini sangat diperlukan oleh mereka bagi mengekalkan kecergasan minda dan fizikal mereka.
Bijirin yang dicadangkan adalah bijirin yang mempunyai zat besi serta vitamin. Salah satu sebab bijirin dipilih sebagai sarapan yang sesuai untuk pelajar adalah kerana ia merupakan bahan kering, yang senang untuk disimpan di bilik pelajar. Begitu juga dengan susu segar yang dicadangkan dimakan bersama. Jus buah-buahan juga boleh disimpan bersama bijirin dan susu segar, namun hanya boleh disimpan sekurang-kurangnya dalam masa satu hingga dua minggu sahaja.
Kesimpulannya, sarapan pagi adalah merupakan hidangan yang sepatutnya diambil oleh setiap pelajar bagi mengekalkan kadar metabolisme dalam badan. Hal ini kerana, sarapan dapat membantu mereka untuk kekal cergas untuk sepanjang hari dan memastikan mereka kekal aktif bagi melaksanakan aktiviti harian mereka.
Disediakan oleh,
Nik Fatin Farhah binti Nik Mustapha