BLOGGER : JANA PENDAPATAN
Oleh Mohammad Hafizol Musa
Blog merupakan satu medium untuk kita menyalurkan pendapat, berkongsi pengetahuan, memberikan informasi dan seumpamanya kepada orang ramai. Terdapat pelbagai blog yang sering mendapat sambutan seperti blog hiburan, muzik, personal dan seumpamanya. Disamping menulis blog sebagai hobi, pengguna juga dapat menjana pendapatan melalui blog. Tidak hairanlah hari demi hari bilangan blog semakin bertambah. Penulis blog yang terdiri daripada pelajar sekolah juga sudah pandai menjana pendapatan dengan blog. Masakan tidak, mereka hanya perlu meletakkan iklan percuma yang ditawarkan di blog dan hanya menunggu pengunjung blog klik iklan tersebut. Antara cara yang sering digunakan blogger untuk menjana pendapatan melalui blog ialah:-
1. Iklan Nuffnang
Iklan nuffnang merupakan iklan percuma yang sering digunakan oleh blogger untuk diletakkan di dalam blog. Hampir setiap blog mempunyai iklan Nuffnang. Terdapat dua cara yang boleh menjana pendapatan melalui Nuffnang iaitu buffered earning dan metered earning. Melalui buffered earning, blogger boleh menjana pendapatan melalui jumlah traffic yang diperolehi menerusi blog setiap hari manakala metered earning pula merupakan pendapatan per unique click iklan dalam blog. Anda akan dibayar RM0.25 per unique click. Anda boleh mendaftar untuk menggunakan iklan Nuffnang di website Nuffnang. |
2. Iklan Churp-churp
Iklan ini juga dibawah Syarikat Nuffnang. Terdapat pelbagai iklan yang ditawarkan kepada pengguna Churp-churp dari semasa ke semasa. Iklan ini juga mementingkan per unique click iaitu dari RM0.20 dan ke atas. Apabila sesuatu iklan baru dilancarkan, pengguna akan mempromosikan iklan tersebut di blog, Facebook, Twitter dan seumpamanya dengan harapan orang lain akan menekan iklan tersebut. Semakin banyak iklan yang ditekan, semakin tinggi pendapatan blogger. |
3. Iklan Innity
Iklan ini mementingkan jumlah traffic di blog. Hal ini demikian kerana blog yang mempunyai traffic blog sehingga seribu dan ke atas sahaja akan berpeluang mendaftar untuk iklan Innity. Blogger tegar yang mementingkan pendapatan blog akan berusaha untuk menaikkan traffic blog dari hari ke hari untuk membolehkan mereka mendaftar innity. Blogger-blogger terkenal seperti Ben Ashaari, Fatin Liyana, Tubelawak dan seumpamanya mampu menggunakan iklan Innity kerana traffic blog mereka melebihi seribu sehari.

5. Iklan Heartbeat
Melalui iklan Heartbeat, blogger boleh mengiklankan pelbagai produk dari laman web Heartbeat seperti cawan, t-shirt, sapu tangan, bingkai gambar dan seumpamanya di blog masing-masing. Selain mempromosikan barangan Heartbeat, anda sendiri boleh membeli barangan yang diiklankan di Heartbeat. Pendapatan dari Heartbeat diperoleh melalui per unique click tetapi lebih sedikit berbanding Nuffnang dan Churp-churp. Namun, kekerapan anda membeli barangan di Heartbeat juga boleh membantu anda mendapat lebih banyak pendapatan melalui Heartbeat.
6. Contest and giveaway
Selain meletakkan iklan di blog, anda juga boleh menyertai contest dan giveaway yang dianjurkan blogger-blogger lain. Kebanyakan penganjur akan memberikan hadiah berupa wang ringgit kepada pemenang. Antara contest yang sedang hangat diperkatakan oleh para blogger pada hari ini ialah Contest Pinky Moments yang dianjurkan oleh blogger Eyriqazz. Contest ini menawarkan hadiah berupa wang tunai sehingga RM600.00.