UKM Menang Berganda Pertandingan Debat Perdana Pengguna Siswa 2012
oleh Aliyah Fatin Abdul Aziz
UKM- Pasukan debat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuktikan kejaguhan mereka apabila menjuarai pertandingan Debat perdana Pengguna Siswa 2012. UKM yang bertindak sebagai barisan pembangkang penutup dalam debat bertajuk ‘Dewan Ini Akan Memiliknegarakan Industri Barangan Kawalan’.
UKM berjaya menewaskan pasukan dari Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Dewan Tun Abdullah Mohd. Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi
UKM yang dibarisi oleh Mohd. Daniel Baharudin, 22, dan Najah Izzzati Suleman, 20, membawa pulang hadiah RM5,000. UKM turut menyapu gelaran Pendebat Terbaik menerusi pendebat keduanya, Najah Izzzati Suleman, 20.
Menurut Najah, “Perasaan saya terkejut, gembira dan rasa puas hati. Bukan senang untuk berentap dengan lapan puluh pasukan , setiap pasukan mempunyai keunikan dan kebolehan tersendiri, alhamdulillah johan milik kami.
Saya bukanlah seorang pendebat sekolah, Saya mula menceburi bidang debat ini di universiti. En Mohd Khalis Khalid merupakan pendebat UKM yang banyak mengajar, memberi dorongan, memberi inspirasi, serta memberi bimbingan kepada saya dalam dunia debat”.
Menurut Mohd. Daniel Baharudin, 22, “kemenangan ditempat sendiri adalah kemenangan yang cukup bermakna kerana kali terakhir UKM memenangi debat di bumi sendiri adalah pada tahun 2006. Kami terkejut dengan keputusan ini kerana menjangkakan saingan sengit daripada pendebat USIM, UNIZA dan USM namun bersyukur kerana berjaya menyampaikan hujah dengan baik”.
Beliau yakin banyak ilmu baru serta manfaat dapat diperoleh menerusi pertandingan debat ini termasuk membentuk keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi yang sedia ada, Debat juga satu medium untuk menyampaikan mesej mengenai pengguna kepada orang ramai, katanya ketika ditemui semalam.
Debat Perdana Pengguna Siswa 2012 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu dirasmikan oleh Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Pertandingan ini berlangsung selama lima hari iaitu bermula dari 11 mei sehingga 15 mei 2012.