GIGI BESI ITU CANTIK.
Oleh Aliyah Fatin Abdul Aziz
Pendakap gigi atau nama saintifiknya, Orthodontic Braces atau Brackets digunakan dalam bidang pergigian untuk membantu membentuk semula permukaan gigi yang tidak rata. Pada pertengahan kurun ke-17 masihi, pakar perubatan Perancis, Pierre Fauchard (dikenali sebagai bapa pergigian moden) melakukan banyak perubahan rawatan pergigian kepada penduduk di Paris ketika zaman pra revolusi di Perancis. Selain itu, pakar sejarah mengakui terdapat seorang lagi yang berhak mendapat gelaran`bapa ortodontik’, Norman W Kingsley, iaitu seorang doktor gigi, yang juga merangkap sebagai penulis, pelukis dan pengukir yang menulis karya ‘Treatise on Oral Deformities’ pada 1880. (Paramedik Malaysia)
|
Memasang pendakap gigi harganya adalah sekitar RM1,500 jika menjalani rawatan di hospital kerajaan, tetapi boleh mencecah hingga RM5,000 jika di klinik swasta. Berapa pun kosnya, pemakaian pendakap gigi kini merupakan satu kebiasaan, seolah-olah menjadi trend, lebih-lebih lagi apabila semakin ramai masyarakat tidak berselindung untuk mempamerkan ‘barisan besi’ di gigi mereka kepada orang ramai. Jika dahulu ada yang melihat mereka yang memakai pendakap gigi ini `hodoh’ tetapi kini tidak lagi. Malah, ramai yang beranggapan bahawa pendakap gigi akan membuatkan seseorang itu tampak lebih cantik dan menawan.
|
Gelombang pemakaian pendakap gigi ini bukan sahaja menjadi trend kepada selebriti terkenal tempatan seperti penyanyi Sheila Majid, Syafinaz, pelakon Zizie Ezette, Liyana Jasmay dan tidak ketinggalan bekas pelajar Akademi Fantasia Nana dan Edlin. Selebriti antarabangsa juga menggunakan pendakap gigi atas alasan untuk susunan gigi yang lebih cantik dan keselesaaan mereka, antara selebriti-selebriti tersebut adalah Tom Cruise, Ashley Judd dan Putera Harry.
Gelombang trend pendakap gigi ini juga telah melanda golongan pelajar. Shazana Shahdan 23, seorang pelajar jurusan Komunikasi Media, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baru menanggalkan pendakap giginya sejak empat bulan lalu menyatakan bahawa dia tidak selesa di awal pemakaian alat berkenaan. Kata Nana lagi, dia terpaksa mengorbankan empat batang gigi geraham semata-mata untuk mengusun kembali struktur gigi dengan pemakaian pendakap gigi.
“Pada mula pemakaian pendakap gigi memang sakit dan terasa ketat, kerana pendakap tersebut mencengkam pada gigi dan ketika itu segala jenis makan yang keras tidak boleh diambil kerana ia akan menyakitkan gigi saya. Jika ingin menikmati buah-buahan ia perlulah dipotong dalam bentuk yang kecil supaya mudah untuk dikunyah”.
“Saya memang tidak menafikan bahawa pelbagai perubahan yang saya alami sehingga kini menjadikan saya berpuas hati dengan keputusannya", katanya yang mempunyai masalah gigi tidak teratur sebelum pemakaian pendakap gigi. Nana juga menasihatkan masyarakat supaya tidak harus takut untuk memakai pendakap gigi kerana ia akan membantu kita untuk lebih yakin dan memiliki gigi yang teratur dan selesa.