Bakat Melukis Digilap Melalui Bengkel Kreatif
oleh Siti Khatijah Rashid
UKM: Pada 26 dan 27 April lepas berlangsungnya Bengkel Seni Kreatif yang dianjurkan oleh Jaksa Kebudayaan dan Warisan Kolej Burhanuddin Helmi, UKM. Ia merupakan program yang julung kalinya diadakan oleh kolej penginapan tersebut. Lawatan ke Balai Seni Visual Negara (BSVN) Kuala Lumpur telah diadakan pada 26 April bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang seni lukisan. Seramai 30 orang peserta telah menyertai lawatan tersebut. Melalui lawatan yang diadakan, para peserta dapat melihat dan menilai sendiri koleksi lukisan yang terdapat di BSVN.
Menurut Kurator Bahagian Penyelidikan dan Pameran BSVN, Puan Intan Fariza Abu Bakar, terdapat pelbagai koleksi lukisan daripada pelukis-pelukis terkenal seperti Amron Omar dan Rabindranath Tagore. Pameran bertemakan “Pertarungan” telah dipamerkan di Galeri 3A dan 3B untuk tatapan umum. Pameran tersebut akan berakhir pada 27 Ogos 2012. Melalui pameran tersebut, para peserta dapat mempelajari teknik-teknik lakaran yang betul. Menurut Intan lagi, nilai sesebuah karya lukisan tidak akan jatuh.
Sejajar dengan Bengkel Seni Kreatif ini, bengkel lukisan telah diadakan di Bilik Bankuasi Kolej Burhanuddin Helmi. Bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik lukisan yang betul. Tenaga pengajar daripada Penerbit UKM, Encik Salleh Sulaiman telah dijemput untuk memberi taklimat kepada peserta tentang teknik-teknik asas dalam lukisan.
Menurut Jaksa Kebudayaan dan Warisan Kolej Burhanuddin Helmi, Nor Sakinah Johak, program tersebut dijalankan untuk mengasah bakat melukis dalam diri peserta. “ Saya mengadakan program ini untuk mencungkil bakat melukis dalam kalangan peserta dan objektif utama program ini adalah untuk menghantar peserta yang berbakat menyertai ICAF” katanya lagi.
“ICAF adalah Inter College Arts Festival dan bengkel ini merupakan penyelesaian yang tepat untuk mencari bakat-bakat baru dan dihantar ke ICAF. Saya harap program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan dan pelajar juga perlu mengambil kesempatan untuk menimba sebanyak mungkin ilmu daripada program yang dijalankan ini” katanya ketika berucap pada majlis penutup itu.