TINDAKAN PMUKM TERHADAP MASALAH AIR
Oleh Nurhidaya Pukari
UKM : Isu masalah air merupakan salah satu isu yang sering berlaku di UKM, Bangi. Dahulunya, UKM mendapatkan sumber air dengan hanya bergantung kepada Lingkungan Pertama sahaja namun kini sumber air turut diperolehi daripada Lingkungan Kedua. Namun begitu, masalah air tetap berlaku. Melalui Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), mereka sentiasa mencari jalan untuk menangani masalah air ini kerana isu ini merupakan masalah kebajikan para mahasiswa/i yang perlu diselesaikan.
Menurut Presiden PMUKM, LT M Ahmad Muzzammil bin Muhd Hairi, masalah ini berlaku disebabkan kapasiti air yang kecil sedangkan penggunaan air yang semakin meningkat di sekitar UKM. Paip yang lama juga masih digunakan bagi menyalurkan air di sekitar UKM. Beliau berkata, “masalah air ini bukan sahaja berlaku di sekitar UKM malahan turut berlaku di sekitar Negeri Selangor”. |
Pada 6 Januari yang lalu, pihak PMUKM yang terdiri daripada oleh Saudara Mohd Abdullah bin Mohamed Yusoff, Wan Ahmad Fahmi bin Wan Abdul Hamed, Mohd Izzudin bin Mohd Pisol dan Mohd Faizal Ahmad telah berkunjung sendiri ke Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang terletak di Hulu Langat, Selangor dan anak syarikat bekalan air tersebut iaitu ABBAS untuk mendapatkan penjelasan berkenaan krisis air yang melanda di kampus Bangi ketika itu.
Dalam pertemuan tersebut, pihak PMUKM melihat terdapat sedikit kekeliruan maklumat yang diberikan oleh pihak SYABAS dan pihak ABBAS. Pihak SYABAS mengatakan bahawa masalah air berlaku disebabkan paras air loji yang tidak mencukupi untuk disalurkan dan sekatan air terpaksa dilakukan. Namun, maklumat daripada pihak ABBAS mengatakan tiada sekatan yang berlaku.
Berikutan kekeliruan maklumat ini, pihak PMUKM telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Khas Menuntut Air atau dikenali sebagai “TUNTUT AIR” yang diketuai oleh presiden PMUKM sendiri. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi mendapatkan penjelasan mengenai krisis air yang berlaku di kampus dan mencari alternatif lain dalam membantu pelajar mendapatkan air ketika krisis air berlaku. Antaranya, mereka akan bekerjasama dengan pihak pengurusan kolej dan Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPP) untuk mendapatkan bekalan lori air daripada SYABAS.
Pihak PMUKM juga sentiasa berbincang dengan pihak pengurusan kolej, Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA), pentadbiran universiti dan pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi iaitu YB. Dr. Shafie Bin Abu Bakar untuk membendung dan seterusnya menangani masalah ketiadaan air. Sememangnya, air merupakan keperluan para pelajar dan ketiadaannya memberikan tekanan dan masalah kepada mereka.