TATA RIAS WAJAH BERSAMA MAJALAH LISA
Oleh Nurul Nadiah Md Azam
Pengalaman buat pertama kalinya mengikuti sesi program teknik menata rias wajah pasti menyeronokkan bagi mana-mana pelajar wanita. Sebagai seorang wanita, pastinya tidak mahu ketinggalan untuk tampil lebih cantik walau berada di mana-mana sekalipun.
Berkongsi pengalaman penulis bersama lebih 50 peserta lain yang menyertai Program Urban Glam bersama Majalah Lisa adalah begitu mengujakan sekali. Program ini telah memberikan sumber inspirasi dan ilham dalam membentuk gaya tersendiri seseorang bagi menempuh alam pekerjaan kelak. “Semua pelajar akan memulakan alam korporat setelah menamatkan sesi pengajian mereka. Apabila menempuh alam korporat, mereka perlulah tampak lebih yakin dan Lisa boleh membantu dalam hal ini dengan menggunakan produk Maybelline,” menurut Editor Majalah Lisa, Izza Safinaz Ibrahim ketika ditemui. Majalah Lisa adalah majalah yang memaparkan isu-isu berkaitan wanita dan kecantikan. |
Cindy Hor, seorang jurusolek profesional dari Majalah Lisa mendemostrasikan teknik-teknik asas solekan selama sejam dengan menggunakan produk Maybelline. Beliau memberi panduan solekan yang tepat buat peserta. Cindy Hor berkata, “harus diingatkan, ada beberapa panduan dalam merias wajah. Panduan yang tidak diikuti akan menimbulkan kesalahan. Sebagai contoh, dalam memilih rona bedak asas, pembayang mata dan gincu yang tidak sesuai akan membuatkan penampilan kurang menyerlah. Ini juga membuatkan wajah nampak janggal serta menimbulkan perasaan pelik apabila orang lain melihatnya. Bayangkan jika anda memakai bedak asas yang tidak sama warnanya dengan warna kulit anda, pastinya wajah anda kelihatan seperti bertopeng.”
Dengan sedikit tips dari Cindy Hor, tentunya anda akan memperoleh hasil yang maksima dalam menata rias wajah untuk tampil lebih cantik dan sempurna.
Tips-tips asas menata rias wajah
Menurut seorang pelajar UKM dan peserta program, Lina Jalil berkata, “solekan wajah amat perlu dalam membina keyakinan diri seseorang. Solekan juga memberikan perubahan yang baik pada wajah sekaligus dapat menghilangkan tekanan.”
Seorang lagi pelajar UKM dan peserta program, Nabilah Othman berkata, “pengetahuan dalam menyolek wajah mampu memberikan perubahan pada masa hadapan, lebih-lebih lagi apabila menjalani temu bual kerja bersama bakal majikan saya nanti.”
Seorang wanita walau berada di mana sekalipun, tidak harus memperlekehkan tata rias wajah kerana melalui solekan yang tepat, dapat menjadikan seseorang nampak berseri dan ceria berbanding wajah yang pucat dan lesu. Tidak salah untuk berdandan dan bersolek asalkan kena dengan gayanya. Selain bersolek untuk ke tempat kerja, seorang wanita bebas memakai alat solekan ketika menghadiri majlis-majlis tertentu, berhibur bersama rakan, malahan bersukan.
Dengan sedikit tips dari Cindy Hor, tentunya anda akan memperoleh hasil yang maksima dalam menata rias wajah untuk tampil lebih cantik dan sempurna.
Tips-tips asas menata rias wajah
- Produk penjagaan wajah mempunyai tiga produk yang terdiri daripada pencuci muka, toner dan pelembab. Anda harus membersihkan kotoran di bahagian muka sekurang-kurangnya dua kali sehari. Setelah mencuci muka, gunakan toner untuk menyegarkan wajah dan membuatkan mekap tahan lebih lama.
- Alas bedak (foundation) yang sewarna dengan kulit anda adalah penting. Untuk melihat kesesuaian warnanya dengan warna kulit anda, caranya adalah dengan menyapu bedak tersebut pada kulit di bahagian rahang wajah anda. Jika warna yang disapu tidak kelihatan lagi, bererti tona warna tersebut sesuai dengan warna kulit anda. Penyapuan alas bedak yang sempurna adalah dengan menggunakan jari manis. Hal ini kerana, penggunaan jari manis tidak menyakitkan.
- Penggunaan concealer pula adalah untuk menutup cela di muka seperti garis hitam bawah mata dan kesan parut jerawat. Namun jika terdapat jerawat yang baru dan kemerahan, produk ini tidak dapat menutupnya. Selain itu, concealer juga boleh digunakan sebagai warna asas sebelum memakai pembayang mata.
- Pemakaian bedak merupakan aplikasi ajaib yang boleh mengubah kulit anda. Sapukan bedak selepas pemakaian alas bedak. Namun, penggunaan bedak two way cake tidak harus digunakan selepas memakai alas bedak kerana hasilnya terlalu padat. Penggunaan bedak tabur (loose powder) selepas pemakaian alas bedakadalah disarankan.
- Pemilihan warna pembayang mata (eye shadow) perlu bijak mengikut tujuan dan lokasi yang bakal dituju. Pilih warna yang asli. Bermula dengan tiga warna dalam keluarga yang sama, gunakan warna cerah pada tulang kening, warna yang paling gelap pada tulang mata atau pelipat mata dan sederhana pada kelopak mata.
- Pelapik mata (eye liner) ada tiga jenis iaitu pensel pelapik mata (pencil eye liner), cecairpelapik mata (liquid eye liner) ataupun gel pelapik mata (gel eye liner). Pensel pelapik mata tidak sesuai digunakan untuk waktu aktiviti yang panjang kerana ia akan membuatkan mata anda comot. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak menggunakan mekap, gunakan cecair pelapik mata kerana lebih mudah. Manakala gel pelapik mata adalah seperti dua dalam satu kerana boleh digunakan untuk membuat smokey eyes.
- Maskara boleh menggantikan penggunaan bulu mata palsu. Ada maskara yang memanjangkan dan ada yang melentikkan. Ada juga yang mempunyai fungsi kedua-duanya. Fungsi maskara adalah menjadikan bulu mata nampak lebih lentik dan tebal. Teknik menggunakan maskara adalah dengan menyapu pantas corak zig zag pada bulu mata anda. Bagi membuatkan maskara anda tahan lebih lama dan tidak cepat kering, hindarkan dari mengepam berus ke dalam botol berkali-kali. Jika tidak, angin yang masuk ke dalam botol akan mengeringkan maskara.
- Bagi menyapu warna pemerah pipi (blusher), warna perlu berdasarkan warna yang sesuai pada kulit anda. Bagi mereka yang berkulit gelap, disarankan menggunakan warna bronze. Bagi yang berkulit cerah, warna apa-apa pun sesuai untuk anda. Penyapuan warna pemerah pipi bermula dari hujung anak rambut di telinga menghala ke bawah bahagian pipi. Sapuan pemerah pipi bukan dari tengah pipi dan ke atas kerana akan membuatkan pipi anda terlebih merah.
- Gincu adalah satu elemen untuk tampil ‘sempurna’. Tapi pemilihan warna gincu yang kurang tepat akan mencacatkan penampilan anda. Warna gincu yang menarik ialah apabila dicampurkan dengan dua atau tiga warna gincu yang lain. Jika ingin warna gincu tahan lama, gunakan sedikit loose powder pada bibir anda dan akhir sekali sapukan pengilat bibir.
Menurut seorang pelajar UKM dan peserta program, Lina Jalil berkata, “solekan wajah amat perlu dalam membina keyakinan diri seseorang. Solekan juga memberikan perubahan yang baik pada wajah sekaligus dapat menghilangkan tekanan.”
Seorang lagi pelajar UKM dan peserta program, Nabilah Othman berkata, “pengetahuan dalam menyolek wajah mampu memberikan perubahan pada masa hadapan, lebih-lebih lagi apabila menjalani temu bual kerja bersama bakal majikan saya nanti.”
Seorang wanita walau berada di mana sekalipun, tidak harus memperlekehkan tata rias wajah kerana melalui solekan yang tepat, dapat menjadikan seseorang nampak berseri dan ceria berbanding wajah yang pucat dan lesu. Tidak salah untuk berdandan dan bersolek asalkan kena dengan gayanya. Selain bersolek untuk ke tempat kerja, seorang wanita bebas memakai alat solekan ketika menghadiri majlis-majlis tertentu, berhibur bersama rakan, malahan bersukan.