Kafe Kolej Pendeta ZA'BA
oleh Ooi Qin Hui
BANGI : Pengurus kafe Kolej Pendeta Za’ba, Hamimah Johor telah menceburi diri dalam bidang penyediaan makanan di kafeteria, restoran, dan katering sepanjang 25 tahun. Pada mula-mulanya, beliau bekerja sebagai pengurus di Kolej Ibrahim Yaakob pada tahun 1981. Beliau juga pernah bekerja di UPM dan pernah menyediakan makanan untuk SUKMA 2011, Gerak Kerja, dan pilihan raya pada tahun 2008 sepanjang enam bulan.
Jenis makanan yang dibekalkan dalam kafe ini termasuklah makanan Melayu, nasi campur, nasi ayam, dan pelbagai jenis minuman yang panas dan sejuk. Selain itu, buah-buahan, lauk yang pelbagai jenis, seperti ayam goreng, masakan sayur-sayuran, cendawan goreng, ikan bakar, dan sebagainya juga disediakan di kafe tersebut. Kepelbagaian menu yang dibekalkan di kafeteria adalah untuk memudahkan pelanggan dalam pemilihan makanan.
Hamimah sangat berminat dalam bidang ini dan beliau terus menceburi diri dalam bidang ini setelah tamat pengajian dalam SPM. Perniagaan yang dijalankan oleh mereka adalah perniagaan keluarga. Namun begitu, mereka juga kerap menghadapi masalah dalam proses perniagaan. Masalah yang paling kerap dihadapi ialah kos untuk meneruskan perniagaan. Hal ini sedemikian kerana kos pekerja dan sewa adalah tinggi. Perkara ini telah menyusahkan lagi jika keuntungan tidak dapat menampung kos tersebut.
Selain itu, beliau telah berkongsi rahsia untuk menarik pelanggan. Antaranya termasuklah menawarkan pelbagai jenis menu makanan, memastikan makanan adalah bersih dan membekalkan perkhidmatan yang memuaskan. Di samping itu, sebagai seorang pengurus kafe, mereka juga perlu berdisiplin, sabar dengan masalah yang dialami, dan mempunyai daya tahan yang tinggi dalam mengatasi masalah yang dihadapi.