Perasmian PERMATAPintar oleh PM di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
oleh Misalindah Binti Abraham
UKM: Majlis Perasmian Kompleks PERMATApintar telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abd Razak, di Kompleks PERMATApintar UKM pada hari Selasa, 28 Mac 2012. Majlis yang bermula pada pukul 3.00 petang itu turut dihadiri oleh penaung PERMATA Negara YABhg Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pengajian Tinggi YBhg Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia YBhg Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Pengerusi Yayasan Al-Bukhary YBhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary bersama-sama Pengarah Pusat PERMATApintar Negara Prof. Dr Noriah Ishak serta para pemimpin dan warga UKM. Majlis itu bukan sahaja majlis perasmian kompleks tersebut malah juga merupakan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian antara UKM dengan Yayasan Al-Bukhary.
Menurut YAB. Dato Sri dalam ucapan perasmian, beliau berkata bahawa ‘Kita tidak mempunyai kurikulum yang sesuai bagi mereka yang mempunyai ‘experience’ atau ‘IQ’ yang tinggi. Oleh itu, kita harus mewujudkan satu sistem yang diolah khas untuk golongan yang pintar ini. Menurut beliau, program PERMATA ini merupakan satu pencapaian yang baik dan ia mampu membentuk generasi PERMATA yang akan menjadi modal insan yang lebih terasah minda dan pemikiran mereka dari segi mental dan emosi, psikologi, dan akhlak yang lebih mantap untuk menempuh cabaran masa akan datang. Melalui program PERMATApintar, kita akan dapat mencanai dan memperbesarkan kemampuan mereka agar dapat mencapai kejayaan luar biasa. Tanpa program PERMATA ini, bakat-bakat yang berpotensi tidak akan dapat menyerlah dan tidak akan timbul sebagai PERMATA Negara. Dalam ucapan tersebut, YAB. Dato Sri turut berterima kasih kepada pihak UKM kerana bekerjasama dalam melaksanakan program ini selain turut berterima kasih kepada Yayasan Al-Bukhary yang membantu dalam membina auditorium yang menjadi sumber dan kemudahan yang amat berguna di Kompleks PERMATApintar berkenaan’.
Kompleks PERMATApintar merupakan inspirasi Dato’ Seri dan Datin Seri sendiri bagi menubuhkan sekolah untuk pelajar pintar dan berbakat di negara kita. Menurut Prof. Tan Sri Dato’ Wira dalam ucapan alu-aluan, beliau berkata ‘Golongan pintar di negara ini sememangnya wujud tetapi tidak diuruskan secara sistematik. Namun dengan usaha gigih dan keperihatinan Datin Seri Rosmah Mansor, maka lahirlah program PERMATA’. Bagi menjayakan program PERMATA ini, Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diberi kepercayaan oleh Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan program pendidikan ini melalui Pusat PERMATApintar Negara, UKM. Suasana UKM yang aman dan kondusif telah menepati konsep ‘futuristic’ yang dikatakan oleh YAB. Dato Sri. Menurut YAB Dato Sri, pelaksanaan program ini mestilah dalam suasana atau persekitaran yang sangat tenteram dan menyenangkan. Setakat ini fasa pertama Kompleks PERMATApintar telah berjaya dilaksanakan, seramai 116 orang pelajar pintar berdaftar pada Januari 2011. Program PERMATA yang ditubuhkan pada Januari 2010 itu akhirnya mampu menyiapkan kompleks yang terdiri daripada bangunan pentadbiran, kafetaria, dewan serbaguna, 10 buah kelas dan makmal pada Oktober 2010.