MINAT JADI TARIKAN KEPADA LILI UNTUK BERGIAT DALAM KEUSAHAWANAN.
Oleh Nur Adila Syafiqa Sulaiman
UKM : Pelajar UKM, di sini, tidak ketinggalan menjadikan program ini sebagai salah satu daripada produk keusahawanan yang kini kian popular di pusanika UKM. Hanya dengan menjalani kursus selama 3 hari, Lilisuryanengsih bt Mazri, bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, telah berminat untuk menyertai program ini di mana beliau diberikan modal untuk memulakan perniagaan. Beliau telah memulakan Program Ayamazz Roti Impitz. Program yang disertai beliau merupakan program berbentuk perniagaan makanan di bawah KFC Holdings (M) Bhd.
“Walaupun program ini sudah lama saya sertai tetapi saya baru sahaja memulakan perniagaan ini tahun lepas kerana tapak yang ingin disewa sukar untuk dicari. Tapak yang dicari haruslah mempunyai populasi yang besar kerana ramai orang yang tidak kenal lagi dengan produk ini.” katanya ketika ditemui, di Pusanika UKM baru-baru ini. Apabila ditanya mengenai kerjasama Lili dengan Centre of SME Growth & Development Finance (CESMED) di UKM, perniagaan ini baru sahaja diletakkan di bawah kerjasama CESMED kerana pihak mereka yang membantu untuk mencari tapak di Pusanika Perniagaan ini yang dikongsi bersama suami tersayang, Muhamad Azmi bin Zulkipli, yang juga bekas pelajar UKM, telah mendapat sambutan ramai di mana tapak gerai terletak di hadapan bangunan pusanika UKM. |
Menurut Lili, program ini menarik minatnya apabila salah seorang pensyarah di sini memperkenalkan program ini kepadanya. Program ini dilancarkan pada tahun 2010 dan Lili memulakan perniagaan ini pada pertengahan bulan Februari 2011. Pada awalnya, proses untuk memulakan perniagaan ini rumit sedikit apabila tapak sewa yang dipohon tidak seperti yang dirancang. |
“Memang ada perancangan untuk menambah menu makanan tetapi disebabkan kawasan tapak gerai yang terhad maka perancangan itu tergendala sebentar,” katanya yang sudah menjadi usahawan sepenuh masa apabila pertanyaan mengenai tambahan menu makanan diajukan.
“Semua ini bermula dari minat. Semua kerja pun rumit tetapi sebab minat yang mendalam, insyallah tiada masalah. Kalau tidak ada minat mungkin menjadi bosan, yang senang menjadi rumit. Mungkin kalau mereka pelajar tahun 1 mengambil subjek keusahawanan ini sebagai suatu yang serius, bolehlah mengaplikasikan ilmu ini dalam perniagaan selepas bergraduasi nanti. Satu langkah untuk berjaya dalam hidup,” komen Lili kepada pelajar Tahun Satu UKM yang diwajibkan mengambil subjek keusahawanan bermula sesi 2011/2012 ini.
“Matlamat perlu ada. Kita kena tahu apa yang kita mahu untuk berjaya dalam hidup. Jika usahawan menjadi pilihan kerjaya kita, kita kena pandai bermain dengan risiko,” tambahnya lagi.