PERKHIDMATAN KOPERASI UNIKEB BERHAD
Oleh Sow Cyn Sion
UKM : Lokasi Koperasi Unikeb Berhad ini terletak bersebelahan dengan mesin ATM Maybank dan BSN di Aras 5, Bangunan Pusanika, 43600 UKM Bangi, Selangor. Untuk maklumat pelanggan Koperasi Unikeb ini diuruskan oleh seorang pengurus yang cekap iaitu bernama Nik Azhar Abdullah. Menurut pengurus tersebut perkhidmatan ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad mulai jam 9 pagi sehingga jam 4.30 petang dan akan berhenti rehat pada jam satu tengah hari hingga dua petang. Pelbagai perkhidmatan ditawarkan Unikeb ini bagi memudahkan kakitangan dan pelajar-pelajar mendapatkan perkhdimatan dengan lebih cepat setelah dibuka hampir setahun di aras lima di Pusanika UKM. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Koperasi Unikeb adalah penjualan tiket kapal terbang tambang murah iaitu Airasia, Malaysia Airlines (MAS), dan tiket bas Transnasional. Pelanggan boleh mendapatkan tiket ke pelbagai lokasi di seluruh Malaysia dengan harga yang berpatutan .
Selain itu, menurut Azhar, perkhidmatan takaful dan insuran turut disediakan bagi memudahkan warga UKM melakukan pembaharuan insuran atau takaful kenderaan di agen yang sah kepada Uni Asia, Etiqa dan Takaful Ikhlas. Melalui perkhidmatan ini warga UKM dapat menjimatkan masa daripada keluar UKM bagi memperbaharui perkhidmatan insuran mereka. Seterusnya, anda juga boleh menikmati perkhidmatan memperbaharui cukai jalan milik persendirian anda yang telah tamat tempoh di Unikeb dengan kadar segera. Bukan itu sahaja, “pemilik kenderaan juga dapat memilih cara dengan memperbaharui cukai jalan dan insuran kenderaan di koperasi Unikeb Berhad dengan cara potongan gaji, ini juga turut memudahkan urusan seharian anda yang sibuk” katanya.
Di samping itu juga, “perkhidmatan Unikeb juga menyediakan destinasi pakej pelancongan. Pakej pelancongan yang ditawarkan adalah pilihan anda seperti pelancongan ke Beijing, Jakarta, Medan, Bali, Bangkok, dan banyak lagi distinasi yang boleh dipilih oleh anda” kata Azhar lagi. “Bagi yang mempunyai masalah kewangan bolehlah mendapatkan pinjaman yang disediakan kepada individu yang layak dengan kadar caj yang rendah” menurutnya lagi. Selain itu, perkhidmatan umrah juga disediakan kepada warga UKM yang ingin mendapatkan pelbagai keistimewaan seperti kemudahan potong gaji, cenderamata semasa daftar, dan potongan harga yang istimewa kepada ahli Unikeb. Akhir sekali, Unikeb juga menyediakan perkhdimatan lain-lain seperti perkhidmatan fotokopi dengan bayaran sepuluh sen bagi setiap salinan dan dua puluh sen bagi salinan kad perngenalan.
Menurut pengurus tersebut, pelanggan juga boleh melakukan pembayaran dengan menggunakan kredit kad iaitu master dan visa dengan syarat bayaran RM50 ke atas.
Bagi mendapatkan maklumat selanjutnya berkiatan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Koperasi Unikeb Berhad ini bolehlah menghubungi di talian kaunter iaitu 03-8921 3199 .