BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA
Oleh Loke Kar Wai
UKM : Baucar buku 1 Malaysia yang bernilai RM200 telah diedarkan kepada pelajar-pelajar universiti pada semester lepas 2011/2012 (tahun 2011). Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.
Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar. |
Menurut pelajar UKM dari fakulti Sains dan Teknologi, Loh Yuh Yang, baucar tersebut telah memberikan faedah yang besar kepada pelajar. Beliau telah menggunakan baucar tersebut untuk membeli buku dan alat-alat tulis dan ini telah menjimatkan satu perbelanjaan yang besar. Namun, beliau berasa agak terkejut apabila mendengar bahawa tempoh luput telah ditunda sehingga bulan April kerana beliau telah menghabiskan baucar tesebut sebelum bulan Februari dan tidak dapat menggunakan baucar tersebut dalam PC Fair yang dianjurkan di Pusanika UKM pada pembukaan semester baru 2011/2012.
Selain itu, seorang pelajar dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Wong Wei Xiang pula menggunakan baucar tersebut semasa PC Fair tersebut dan beliau telah membeli peralatan-peralatan computer yang diperlukan. Beliau mengatakan bahawa rakan-rakan dia juga memanfaatkan baucar tersebut dalam pembelian alat-alat elektronik seperti perkakasan komputer dan jarang sekali membeli buku-buku seperti buku rujukan pelajaran.
Baucar tersebut sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 30 April 2012 dan ia adalah tidak benar ditukar milik , dijual ataupun ditukar dalam bentuk wang tunai. Jika didapati bahawa berlaku pembelian baucar tersebut dengan wang tunai, tindakan undang-undang akan diambil.